View: 8014|Reply: 47
|
Anak Ameng memang MERECIK! pandai muzik, bijak belajar – A. Aida
[Copy link]
|
|
Anak Ameng memang pandai muzik, bijak belajar – A. Aida
PETALING JAYA – Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menafikan darah seni bekas suami, Ameng Spring mengalir dalam diri dua anaknya, Wan Az Aleesa dan Wan Az Evanatassha.
Bagaimanapun, A. Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang sendiri terkejut apabila anak keduanya, Evanatassha tular dalam TikTok disebabkan satu video menunjukkan kemahiran bermain gitar saling tak tumpah seperti bapanya.
“Sebenarnya, Natassha anak nombor dua, dia ada dunianya tersendiri. Dia biasa dalam bilik sahaja sedangkan bagi saya, dia pandai main gitar.
“Dia pandai menyanyi. Suara best. Sejak dulu ramai suruh saya ‘bodek’ dia jadi penyanyi, bintangi klip video dan sebagainya. Dia pernah janji nak bintangi klip video Sufian Suhaimi dua tahun lalu, tapi kemudian bila esok nak shoot, dia pandai cari alasan tak nak terlibat.
“Saya selalu membebel dia pandai main gitar, muka cantik dan suara sedap, buatlah album. Dia cakap ‘no, I don’t want’. Alasannya, dia kata apa yang dia buat untuk kepuasan diri sendiri dalam bilik,” kata penerbit drama Tanam Apa Tu Bang Aji kepada Kosmo! Online semalam.
Tambah A. Aida lagi, anaknya itu memang tidak mempunyai keinginan untuk bergelumang dalam dunia seni terutama menjadi seorang artis.
“Dia tak nak. Saya selalu bebel, Tuhan dah bagi anugerah, muka cantik, suara sedap sebab tak semua orang dikurniakan semua itu. Sayanglah tak guna pakai. Mama dah beranakkan kau. Lepas itu, aku tak dapat makan hasil (ketawa).
“Selalu bebel dan dia pun janji dah habis peperiksaan enam bulan dia ‘free’, dia pun tabur janji daripada tak buat apa-apa, saya minta dia ikut Sharon Paul (komposer).
“Jadi, sekarang ini dia selalu di studiolah dengan Sharon dan ajar anak saya menyanyi atau apa-apa sahajalah.
“Harapnya dia boleh terus bergerak ke hadapan sebab dia baik dengan Sharon. Saya minta Sharon pujuk dia sebab saya memang dah tak terdaya nak pujuk,” ujarnya.
Ditanya sama ada anaknya itu mendapat lampu hijau untuk terlibat dalam dunia muzik atau seni secara profesional, Aida tidak mempunyai masalah dan memberi kebenaran sepenuhnya.
“Saya tak kisah dan saya okey sahaja sebab macam saya cakap tadi, dia ada suara dan rupa serta pandai main gitar kot-kot boleh meletup.
“Sebenarnya, selain Natassha, anak seorang lagi iaitu Aleesa juga pandai menyanyi. Dua-dua anak Ameng memang pandai menyanyi,” katanya.
Sungguhpun begitu, tidak mahu yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, kedua-dua anaknya itu cemerlang dalam akademik.
“Alhamdulillah, Natassha belajar bidang akauntan. Yang sulung sambung peringkat sarjana bidang Gastroenterologi,” kongsi A. Aida. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... jak-belajar-a-aida/
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya mak zaidah awang ni. Elok2 anak tanak terjerumus dlm bidang penuh fitnah ini, ditekan2 pula, seumpama bakat yg tuhan anugerahkan itu tujuannya tak lain dari jadi pujaan dan jadi bahan utk melalaikan manusia... |
|
|
|
|
|
|
|
apooo pdhal elok dah anak tu jdkan seni as hobi je. bukan semua org giler glamor xkira la bbakat or lawa sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
Lawa sangat ke budaknya pun kena emphasize part tu je. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik anak2 dia, ikut rupa ayah dia |
|
|
|
|
|
|
|
bgus semua anak2 mereka ni yaa.. otak bergeliga juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak yang lelaki tu bapak lain eh |
|
|
|
|
|
|
|
Hebat anak2nya. Tapi tak perlu lah paksa nak masuk Line seni..baik Dorang pilih bidang yang lebih bermnafaat. Seni ni lebih kepada lagha jer..manfaatnya menghiburkan |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik evana ni, a few times lalu video dia kat feed aku. Lagi cantik dari myra anak halim |
|
|
|
|
|
|
|
dewi_rina replied at 22-4-2022 03:49 PM
cantik anak2 dia, ikut rupa ayah dia
hahaha.. kalau ikut rupa mak? |
|
|
|
|
|
|
|
Eish tak yah la dipaksa budak2 tu masuk dlm dunia glamor yg sangat toxic ini..
Let them have their own mind & choose their path. |
|
|
|
|
|
|
|
bijak mana nak cari budak yg pandai study dan music..susah mmg gifted. mak suruh jadi model pon tak hingin padahal lawa tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ha ah, anak cantik. Yang maknya dok 24 jam kissing the air, dah kenapa. Huduh taw, huduh! |
|
|
|
|
|
|
|
stania83 replied at 22-4-2022 10:12 AM
bijak mana nak cari budak yg pandai study dan music..susah mmg gifted. mak suruh jadi model pon tak ...
Actually ramai saja tapi mereka tak minat masuk dalam dunia lagha. Kat U ramai ja jumpa kawan2 begini (ada ropa, reti nyanyi, main musik, ambik course susah2). |
|
|
|
|
|
|
|
pandai bawak diri ok jah... tapi mental kene kuat la sbb akan ada org yg donkey dan fitnah sana sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Penyanyi bernombor pun kalu bulih taknak anak masuk bidang seni, nak anak jadi hafizah, ni zaidah awang elok dah anak duk terperuk dlm bilik layan muzik sekadar utk syok sendiri saja, beria2 pula nak anak masuk dlm bidang yg penuh lagha, mcm la kompom jadi superstar |
|
|
|
|
|
|
|
Maknya yg gila glamour
Ank2 relax jah |
|
|
|
|
|
|
|
Tp anak kedua dia ni mmg cantik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takk sekarang ni meols tak pelik kalau anak dia berbakat sebab mak bapak darah seni. Yg meols rasa cemas sekarang ni bila baru tau mak dia nama zaidah awang ???????????????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|