CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1752|Reply: 9

Dikecam Sebab Berselera Makan- Elyana Tak Boleh Terlalu Gembira, Kanser Boleh Serang Kembali

[Copy link]
Post time 21-4-2022 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Tiada yang lebih disyukuri penyanyi, Elyana apabila dimaklumkan dirinya pulih dan bebas daripada kanser limfoma tahap empat.


Namun, Elyana, 35, atau nama sebenar, Erneelya Elyana Emrizal mengakui tidak mahu terlalu gembira apabila sel kanser sudah tiada, sebaliknya, Elyana bersyukur apabila doanya untuk sihat dimakbulkan Tuhan.




Foto: IG




"Saya lega... Bagai ada satu beban yang saya pikul selama ini sudah tiada. Tetapi saya tidak boleh gembira terlalu awal sebab kanser boleh datang semula bila-bila masa sahaja.


"Jadi, saya hanya nikmati apa yang ada sekarang. Saya tidak berharap sangat, namun, alhamdulillah selepas lebih 10 tahun, doa saya dimakbulkan.


"Saya rasakan diri ini bagai dilahirkan semula," katanya kepada BH Online.




  



Bukan sekadar tampak sihat dan ceria, berat badan Elyana juga bertambah.


"Iya, berat badan saya bertambah. Salah satu sebab adalah steroid dan selera makan saya sudah datang balik.


"Jadi, daripada berat badan hanya 35 kilogram (kg), sekarang sudah mencecah 60 kg. Sejujurnya, saya tidak berpantang makanan dan disebabkan itu, ramai netizen mengecam saya," katanya.




  



Bercerita lanjut, Elyana berkata, pada lima tahun pertama menghidapi kanser, dia mengamalkan pantang.


"Tetapi saya jadi lemah. Mental turut terkesan sebab saya rasa diri ini sakit. Selepas itu, saya teruskan macam biasa, nak makan apa, saya makan tetapi berpada-pada.


"Sebab bagi saya, semuanya yang diambil berlebihan akan memudaratkan," katanya.




  



Elyana berkata, dua anaknya iaitu Cinta Sumayyah dan Cahaya Ramadhani menjadi insan paling gembira sebaik mendapat tahu dirinya pulih daripada kanser.


"Anak-anak saya paling gembira terutama Cinta sebab dia sudah besar. Sejak Cinta berusia enam bulan, saya disahkan menghidap kanser.


"Sekarang, umur Cinta sudah menginjak 11 tahun. Dia dapat rasa perbezaan ibunya dahulu dan sekarang.


"Kalau dahulu, pergi bercuti pun, ibu tidak boleh temani dia melakukan aktiviti seperti mandi kolam kerana hanya terbaring di dalam bilik disebabkan penat.


"Sekarang, Cinta gembira sebab semua aktivitinya saya sertai sama," katanya yang ditemui di Pink Bazar Ramadan di pusat beli-belah Publika, di ibu negara, baru-baru ini.


  



Elyana berkata, seperti Ramadan lalu, dia menjual baju, tudung serta kuih tradisi iaitu semperit yang dibuat neneknya.


"Saya tidak jual kuih lain selain semperit nenek saya. Dia buat sendiri kuih ini walaupun usianya hendak menjengah 80 tahun.


"Saya juga menjual tudung Elyana Hijab. Ini kali pertama saya jual tudung selepas berhijab setahun lalu. Pada awalnya, saya tidak mahu sebab takut orang kata saya pakai tudung sebab hendak jual tudung.


"Tetapi, lama-lama apabila orang tanya sama ada saya mahu jual tudung atau tidak, saya terdetik melakukannya," katanya yang memulakan perniagaan Elyana Hijab sejak dua bulan lalu.




  



Elyana mendedahkan dirinya menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat pada 2017. Sebelum ini, sel kanser menyerang dan merebak ke beberapa organ badan Elyana seperti rahim, hati dan pangkal paha. -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2022 12:54 PM | Show all posts
alhamdulillah. nikmati hidup ni sementara ada peluang. abaikan je kecaman netizen semua tu nana
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang xkena sakit kanser mmy syok2 mengecam...yg sakit bukan diaorg...p mampuskan jer org mcm tuh..slagi xkena btg hidung sndr xtau...
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:06 PM | Show all posts
msdummy.2018 replied at 21-4-2022 01:02 PM
Orang xkena sakit kanser mmy syok2 mengecam...yg sakit bukan diaorg...p mampuskan jer org mcm tuh..s ...

setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
10 tahun tu. Tahan betul mental dia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Ada selera makan bagus la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur... tapi memang ada ye kanser tahap 4 ke 5 katanya haritu memang leh baik. Syukur
60 kg dah..banyak tu naiknya.. oklah asal happy
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 09:16 AM | Show all posts
Ada aje nak kecam.  Badan dia, pandailah dia jaga.  Dah menderita 10 tahun, biarlah dia nak rasa seronok.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Saje nak share kazen aku kene kanser since umur 3 tahun, sekarang dah 20 tahun umur dia.. Dah beberapa kali nazak due to operation, bukan sebab kanser tapi sebab komplikasi dari kanser. Entah aku x reti nak cite details dari segi perubatan.. Beberapa bulan lepas dia buat operation, oksigen dah drop sangat.. Kami igtkan dh tak jumpa dia lagi..tapi kuasa Allah. Now dia dah sihat tp for sure tidak sesihat org biasa... Memang kalau Allah kata belum masanya, maka belumlah. Bila tengok org3 mcm ni dan elyana aku jadi insaf.. Kita kalau diuji sakit entah esok lusa pun dah takde.. Mcm kwn aku sebulan je tahu kanser meninggal.. Nikmatilah hidup ni dan jangan lupa beramal soleh..
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Enjoy life while u still can el????????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.078158 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list