CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1529|Reply: 0

"Kahwin Dengan Jutawan Ke?" - Mawar Karim Nafi Namun Mengaku Sedang Bercinta, Rancang Kahwin Tahun Ini

[Copy link]
Post time 21-4-2022 09:57 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Mawar Karim




Baru-baru ini ada khabar angin yang mengatakan Mawar Karim kini telah berkahwin dengan seorang jutawan sebelum Ramadan lalu namun Mawar terus menafikan hal itu.


Sumber: Instagram Mawar Karim







Namun, usahawan ini mengakui dia kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki yang dikenalinya sejak tahun lalu. Mawar juga meminta orang ramai untuk mendoakan rumah tangga yang akan dibina itu berkekalan sehingga ke akhirnya kerana dia tidak mahu perkara yang sama berulang seperti perkahwinannya yang lalu.




Apabila ditanya adakah lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, usahawan ini berkata bakal suaminya itu hanya orang biasa yang mempunyai bisnes sendiri.


Sumber: Instagram Mawar Karim







Untuk info semua, Mawar pernah berkahwin dengan selebriti Fizo Omar pada November 2013 namun perkahwinan itu berakhir pada 10 Julai 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Wan Maryam. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.628549 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list