CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 655|Reply: 2

Achey Syukur Dapat Sumbang Tilam, Sejadah Dan Telekung

[Copy link]
Post time 20-4-2022 09:36 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Instagram Achey




Baru-baru ini, Pelawak Achey telah memberi sumbangan kepada hampir 600 buah rumah yang terkesan akibat banjir di Terengganu.


Misi itu turut disertai syarikat pengendali umrah iaitu RS Megatravel Sdn Bhd.


Oleh kerana tidak sanggup melihat penduduk di Kampung Bukit Mentok, Kemaman menyambut bulan mulia ini dalam suasana serba kekurangan, pelawak dan syarikat umrah itu  tampil bekerjasama untuk menyumbangkan barangan keperluan rumah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh penduduk di kampung berkenaan.


  



Menurut Achey, walaupun banjir di kawasan itu sudah surut, namun masih ramai penduduk memerlukan bantuan kerana kawasan tersebut masih dalam proses pembersihan dan pemulihan.


Menerusi misi ini, Achey dan syarikat umrah itu telah berjaya mengumpulkan 600 buah tilam, 300 sejadah, 300 pasang telekung dan barang keperluan yang lain.


Sumber: Instagram Achey







Misi ini telah disambut baik Pengarah RS Megatravel Sdn Bhd iaitu Syamshul Aswad Jaafaar Siddik. Beliau mendedahkan jumlah bantuan yang diberikan bernilai lebih daripada RM50,000.


Mereka juga bersyukur hasil bantuan ini dapat membantu hampir 600 buah rumah yang terjejas.


Dalam masa sama, syarikat umrah ini juga sangat gembira apabila Achey iaitu rakan niaga mereka sama-sama dapat turun padang untuk membantu masyarakat di kawasan itu.


Moga dipermudahkan urusan Achey dan Syarikat RS Megatravel Sdn. Bhd. untuk membantu orang yang memerlukan dan semoga dimurahkan lagi rezeki mereka sudi membantu orang yang dalam kesusahan.  - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2022 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols rase bantuan kewangan lebih memadai sbb mangsa tahu nak beli ape dlu. Entah laaa. Nnt kalo ckp kne pangkah plak kate ikut suke org la nk bg ape. Hurmmm...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Fucking ugly botak..get Lost yo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.048111 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list