CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pengusaha menang tangan, terima tempahan 10,000 kg dodol

[Copy link]
Post time 19-4-2022 12:15 PM | Show all posts |Read mode

ZAMRI (dua kiri) memantau pekerjanya memasak dodol secara tradisional di Kampung Mengkuang Titi. FOTO Danial Saad

Bukit Mertajam: Pengusaha dodol tradisional yang menerima tempahan 10,000 kilogram (kg) dodol setakat Jumaat lalu terpaksa mendapatkan bantuan ahli keluarga untuk menyiapkannya.

Zamri Zulaiman, 49, berkata dia yang menghasilkan dodol secara manual dengan memasak menggunakan kayu api sejak 24 tahun lalu mengakui tidak menang tangan selepas memperoleh banyak tempahan sempena Aidilfitri tahun ini.

Menurutnya, setakat Jumaat lalu tempahan diterimanya melebihi permintaan pelanggan pada tahun lalu iaitu sekitar 10,000 kilogram (kg) dodol dan dijangka meningkat dari semasa ke semasa.

"Saya hanya akan buka tempahan sehingga Jumaat ini sahaja kerana proses memasak bukan sesuatu yang mudah, tambahan pula dodol yang dihasilkan 100 peratus tradisional tidak boleh dimasak awal.

"Ia berikutan dodol tidak boleh tahan lama kerana tiada sebarang bahan pengawet. Walaupun begitu orang tetap akan cari kerana rasa serta teksturnya berbeza.

"Justeru, saya akan memasak dodol ini pada pertengahan Ramadan dan meminta tolong daripada ahli keluarga (abang dan anak saudara) untuk membantu," katanya.

Katanya, dodol yang diberi nama 'Tok Nah' itu adalah mengikut resipi ibu bapanya maka kebanyakan ahli keluarganya tahu cara memasaknya sekali gus membolehkan semua rasa pada setiap tempahan dikekalkan.

"Memang setiap tahun pada musim perayaan saya akan minta bantuan abang dan anak saudara yang mereka membantu saya memasak dodol ini di rumah mereka sendiri sebelum saya pergi ambil.

"Senang ada bantuan dari ahli keluarga sebab mereka sudah tahu resipi dan semua pelanggan berpuas hati kerana semua rasanya sama walaupun orang berlainan yang memasak," katanya.

Dalam pada itu, Zamri berkata, dia pernah menginovasikan dodol diusahakannya kepada pelbagai perisa, namun dodol berperisa asli yang mendapat tempahan paling tinggi.

"Oleh itu, bagi musim perayaan kali ini, saya hanya keluarkan dodol berperisa asli. Untuk durian mungkin pada tahun depan saya akan usahakan disebabkan tahun ini sukar untuk mendapat raja buah itu memandangkan belum musim.

"Apatah lagi, saya hanya menghasilkan dodol berperisa durian dengan menggunakan durian yang segar sahaja," katanya yang merancang untuk mengembangkan pengeluaran dodol 'Tok Nah' di Sabah dan Sarawak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahan-10000-kg-dodol

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.039727 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list