Selebriti terkenal Indonesia, Luna Maya hampir menangis akibat terlambat muncul pada sesi 'rehearsal' konsert kumpulan dari Korea Selatan, BTS yang diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat, kelmarin.
Kredit foto: IG Luna Maya
"Tadi gue (saya) hampir gagal, gila gue hampir gagal. Gue tadi hampir nangis, 'oh my god I'm gonna miss itu soundcheck-nya," tulis Luna di Intagram Story.
Bagaimanapun, Luna Maya tidak menjelaskan apa yang membuat dia hampir terlepas ke sesi latihan itu.
"Hampir ketinggalan 'soundcheck'," katanya.
Sebelumnya, nama Luna Maya mencuri tumpuan selepas memuat naik video momen menonton sesi 'soundcheck' BTS.
Dalam masa sama, Luna Maya berkongsi perasaan teruja apabila dapat menyaksikan secara langsung penyanyi kegemarannya itu dari jarak dekat.
"HAAAPPPPPYYYYY" tulis Luna Maya dengan sejumlah emoji, termasuk hati ungu yang mewakili peminat BTS.
Sumber: Harian Metro
|