Belum reda isu peguam bela pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun, kali ini ‘panas’ pula video tular peguam bela wanita itu memuat naik video berjoget zapin di pejabat.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202204/18/153336xru3fcarb9r2cbjd.jpg) Kredit foto: EreynEyka Cats House
Rata-rata warganet meluahkan rasa kesal melihat video itu dan beranggapan mereka seakan-akan tidak berhati perut kerana masih boleh bergembira di saat seperti ini.
Namun, difahamkan video asal berkenaan sudah pun dipadam dari akaun TikTok peguam tersebut.
Biarpun sudah dipadam pengguna asal, ia sempat dimuat naik semula pengguna media sosial lain.
Kredit video: EreynEyka Cats House
Sekadar info, peguam bela Siti Bainun sebelum ini dihujani kecaman kerana sempat mengambil gambar bersama-sama sambil membuat gaya 'peace' dan 'mini love' sedangkan pihak sebelah iaitu Bella sedang berdepan detik memeritkan.
Sumber: BeautifulNara |