View: 3371|Reply: 20
|
Pelanggan Berang Baju Melayu Salah Saiz Dan Warna, Wak Doyok Suruh Datang Sendiri Dan Bukan Viralkan
[Copy link]
|
|
Beberapa hari lepas, sebuah rakaman tular di TikTok memaparkan seorang pelanggan lelaki yang membeli 13 pasang baju Melayu Wak Doyok berang apabila menerima warna dan saiz yang salah.
Lelaki terbabit turut mendakwa staf yang menguruskan pembelian pelanggan bersikap kurang ajar menyebabkan bara kemarahannya bertambah marak.
Menerusi video terbabit, pelanggan itu terpaksa meluahkan ketidakpuasan hatinya menerusi TikTok kerana ketika wakil jualan produk dihubungi, dia tidak mendapat maklum balas yang diharapkan.
Pun begitu, pempengaruh dan ikon fesyen Mohd Azwan Mohd Nor atau lebih dikenali sebagai Wak Doyok berharap mana-mana pelanggan yang tidak berpuas hati selepas membeli baju Melayu jenamanya agar bertindak dengan waras tanpa perlu menularkan hal tersebut di media sosial.
Memetik laporan Gempak, figura berusia 43 tahun itu berkata, pelanggan sepatutnya bijak dalam urusan jual beli bagi mengelakkan timbul isu tidak diingini pada kemudian hari.
"Adakalanya pelanggan beli baju tanpa tahu ukuran badan sendiri. Saya sudah berikan ukuran bagi setiap saiz tapi dia tak ukur saiz sendiri pun mungkin dia anggap ukuran baju kemeja dan baju Melayu sama sahaja.
"Apabila beli baju fitted, jadilah begitu. Bila hubungi HQ pula, kena tunggu giliran sebab terlalu banyak mesej yang masuk. Sekiranya ada apa-apa yang dia tak puas hati, datang sendiri ke HQ dan bukan tularkan," katanya.
Walaupun video berbaur negatif itu tular di TikTok, Wak Doyok mengakui impak daripada perkara tersebut menyebabkan jumlah jualan baju Melayunya meningkat naik.
"Melihat dari sudut positif, kedua-dua pihak ada keuntungan. Untuk saya, jualan naik. Mesej tak henti-henti masuk di Whatsapp.
"Untuk dia pula, jumlah pengikut meningkat. Sebelum ini 19,000 tetapi selepas video itu tular sekarang followers sudah naik ke 30,000. Engagement dia tinggi. TikTok dia dari vide 10,000 dah jadi 3 juta views.
"Dia menang, dia pun berniaga. Tak perlu nak gaduh-gaduh. Bulan baik biar selesaikan dengan baik. Sekarang ini kalau nak bergaduh mesti semua guna media sosial," katanya. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Marketing murahan ke |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar last tu dah mcm laki safura pulak |
|
|
|
|
|
|
|
semua demi marketing........................ |
|
|
|
|
|
|
|
Wekkkk...
Konon2 nk bg tau org sanggup beli byk2 sbb best la.
Mcm xleh baca taktik korang.
Die ni idup lg ke dalam dunia hiburan yang fana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Awal lagi masa masuk fyp iols dh agak marketing jijik versi anak didik jijan semang semua nya |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni beli kurta 5 waktu
Nak beli Elrah tapi dah boikot
Nak beli Bulan Bintang takde kurta
Tak pernah terasa nak beli brand Wak nih
Sebab takut jadi poyo macam dia hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkkk... Peniaga salah kan customer?
Bukan selalu salah kan staff ke... |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 19-4-2022 01:30 AM
Tahun ni beli kurta 5 waktu
Nak beli Elrah tapi dah boikot
Nak beli Bulan Bintang takde kurta
beli kat uniqlo je uols..kain pon sodap |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi laki iols beli baju wak ni helok betolll rupa heols. Tak sabar nak salam di pagi raya |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 19-4-2022 05:25 AM
nape acik boikot Elrah?
Sebab kes tipu bini dia tu
Saje ajelah memeriahkan boikot
Bagi lambat sikit target 200 jota dia tu
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
weyy brp rat sepasang baju wak ni? nak try beli utk anak bujang aku ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa dia ni fesyen bertongkat dah macam atuk2? |
|
|
|
|
|
|
|
dah berapa kali raya dah I terkena. bukan wak doyok punya la. tapi kaedahnya baju pasar malam je.. tapi buh dalam kotak siap sealed siap ribbon siap shopping bag siap sticker siap tq notes bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 19-4-2022 01:58 PM
weyy brp rat sepasang baju wak ni? nak try beli utk anak bujang aku ni
Rm180 gitu rasanya, untuk yang slim2 takde perut helok lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni mmg sntiasa brtongkat sbb memerlukan tngkat ke sbb style je. Rengsek |
|
|
|
|
|
|
| |
|