CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 968|Reply: 2

Kelly Azman Rasa Layak Jadi Penyanyi Sebab Tone Suara Sedap, Kini Duet Lagu Raya Dengan Kakak Tomok

[Copy link]
Post time 18-4-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode


Walaupun Kelly Azman dilemparkan pelbagai kecaman mengatakan dia tidak layak bergelar penyanyi, dia yang pernah menduduki kerusi sebagai salah seorang juri All Together Now Malaysia sama sekali tidak goyah dan tetap dengan pendiriannya.


Selepas tampil dengan lagu No, No, No dan Kepulangan Di Hari Raya, Kelly kini menghasilkan lagu ketiga duet dengan Ismaliza Ismail (Isma AF7) menerusi lagu Nikmat Di Hari Raya hasil ciptaan S. Atan serta lirik oleh Tanty dan Miss Darna.


"Saya tahu ramai yang tidak puas hati dengan saya. Kehadiran single ini pun akan dikritik apatah lagi ada netizen yang menganggap saya tak layak jadi penyanyi.


"Saya rasa, saya layak jadi penyanyi sebab ada tone suara sedap selain mempunyai bakat tersendiri dalam bidang muzik. Saya yakin, bakat dan suara yang diberikan Allah ini adalah untuk menghiburkan peminat.


  



"Walaupun dikecam, ramai juga oeminat yang berikan sokongan. Ia menjadi sebab untuk saya terus berusaha dakam bidang seni tanpa rasa bosan dan penat. Tambahan pula, saya meminati bidang ini dan tidak akan berhenti memberikan yang terbaik," katanya kepada Media Hiburan.


Kelly yang seolah-olah sudah kalis kritikan negatif itu turut mendedahkan dia bakal tampil dengan lagu keempat berganding dengan tiga orang penyanyi baharu. Dia mengakui teruja menyanyikan lagu tersebut kerana karya itu dicipta oleh komposer Sharon Paul.


Bercerita mengenai lagu Nikmat Di Hari Raya, kata Kelly, lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada tahun lalu bagaimanapun situasi pandemik menyebabkan karya itu terpaksa disimpan terlebih dahulu sebelum direalisasikan pada tahun ini.


Katanya, idea untuk menghasilkan lagu berkenaan hadir spontan bersama Isma. Walaupun berhadapan dengan rintangan, Kelly bersyukur kerana lagu itu akhirnya dapat diperdengarkan kepada umum pada tahun ini.


  



"Lagu ini mengisahkan nikmat untuk pulang menyambut lebaran bersama keluarga dan rakan-rakan apatah lagi sudah dua tahun kita tidak dapat meraikannya dengan meriah kerana Covid-19. Saya berharap lagu ini mendapat sambutan baik.


"Kami bekerjasama dengan Sony Music dan lagu itu dapat didengari menerusi platform penstriman digital sejak 15 April lalu dan berada di saluran YouTube Sony Music pada 30 April nanti," katanya. -CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2022 12:39 PM | Show all posts
kena sebut tomok kalau x org tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 02:46 PM | Show all posts
bapok binatang ni memang muka tembok betul ek.... dengan tak siapnya, fesyen hauk, suara macam mesin tebu... nak mampos agaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.241955 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list