CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 332|Reply: 0

[Kedah] Madad agih 15,000 burger sepanjang Ramadan

[Copy link]
Post time 17-4-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Mohammad Yaakub Yusra (berbaju coklat) menyerahkan 400 burger kepada Timbalan Pengarah Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Dr Mohamed Ali (baju hitam), malam tadi. FOTO IZAD THAQIF HASSAN

Sungai Petani: Berpegang kepada prinsip 11 bulan berniaga sebulan memberi, Murtadha Dakwah Centre (Madad) mengagihkan 1,200 burger secara percuma kepada golongan terpilih sekitar Kuala Muda, malam tadi.

Daripada jumlah itu, sebanyak 400 burger diagih kepada kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, manakala selebihnya diberi kepada balai polis trafik, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Institut Kemahiran Mara (IKM) serta pengunjung program dianjurkan Madad malam tadi.

Pengarah Urusan Madad Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof bekata, sepanjang tempoh Ramadan ini pihaknya mengagihkan sebanyak 15,000 burger kepada lebih 70 penerima terpilih.

Menurutnya, kos untuk semua burger diagihkan itu bernilai lebih RM100,000 dengan purata sehari sebanyak 500 biji disumbangkan.

"Kita menyumbang burger ini kepada rumah anak yatim, pusat tahfiz, asnaf dan juga pekerja barisan hadapan yang bertungkus lumus menjalankan tugas tanpa mengira penat lelah.

"Alhamdulillah, sebahagian daripada kos turut disumbangkan orang ramai yang mahu mencari keredaan dan keberkatan di bulan mulia ini," katanya yang ditemui ketika menyerahkan sumbangan 400 burger kepada Timbalan Pengarah HSAH Dr Mohamed Ali Mohamed Nadhar Khan.

Beliau turut bersyukur kerana ramai yang berterima kasih dengan sumbangan diberikan dan akan meneruskan lagi program seumpama ini pada masa akan datang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... r-sepanjang-ramadan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.051641 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list