CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 378|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tak sedap, tak payah beli

[Copy link]
Post time 16-4-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode

PENGUNJUNG mendapatkan makanan yang dijual di Bazar Ramadan Liga Muslim di Jalan Queen Street, George Town kelmarin. – MOHAMMAD FIRDAUS AMRAN


GEORGE TOWN – Pengguna mempunyai kuasa untuk terus memboikot mana-mana peniaga bazar Ramadan yang tidak mementingkan kualiti serta kebersihan makanan selain cuba mengaut keuntungan berganda dengan mengenakan harga juadah mahal.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, pengguna seharusnya bijak membuat pilihan juadah pada harga paling minimum serta terjamin kebersihannya.

Menurutnya, pengguna juga mempunyai hak dalam melakukan perbandingan harga makanan di bazar-bazar Ramadan berhampiran dan membelinya tanpa mengikut kepuasan diri.

“Pengguna bijak perlu boikot peniaga yang pamer harga gila-gila termasuk menjual hida­ngan yang ala kadar atau sekadar mahu ambil kesempatan dalam situasi ketika ini.

“Peniaga hari ini menjadikan alasan barangan keperluan naik, memaksa mereka menetapkan harga makanan yang lebih tinggi. Sedangkan juadah yang sama boleh didapati di gerai lain pada harga yang lebih rendah.

“Hentilah menggunakan alasan sebegitu. Tidak perlulah mengaut keuntungan dengan menjadikan pengguna sebagai mangsa kenaikan harga terlampau,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, ujar beliau, CAP menyarankan agar pengguna menyediakan juadah berbuka yang mengandungi zat dan vitamin di rumah dan tidak perlu membazirkan wang semata-mata membeli juadah berharga mahal.

“Kurangkan juga pembelian ayam dan daging dan mungkin boleh dinikmati hanya seminggu sekali. Ini kerana, dengan mengurangkan permintaan terhadap pembelian bekalan keperluan utama itu dijangka dapat menurunkan harga runcitnya di pasaran,” ujarnya.

Di Alor Setar, Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) Kedah, Baharudin Moha­med Ali mendakwa, sistem pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang kurang cekap menjadi punca kebanjiran peniaga celup atau bermusim di negeri ini.

Ujarnya, PBT tidak melakukan kaji selidik yang sewajarnya sebelum meluluskan permohonan peniaga bazar Ramadan.

Katanya, hal tersebut menyebabkan terdapat segelintir peniaga bazar yang dipilih tidak mempunyai pengalaman dalam pengendalian makanan.

“Sepatutnya PBT buat kaji selidik terlebih dahulu terhadap semua peniaga yang akan berniaga di bazar sama ada mereka sudah mempunyai pengalaman berniaga atau mempunyai restoran mereka sendiri sebelum ini.

“Ini bagi membolehkan peniaga yang dipilih terdiri daripada pengendali makanan yang mahir dan berpengalaman,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Mohd. Yusoff berkata, pihaknya me­nerima tiga aduan mengenai makanan yang rosak dan basi yang dijual di bazar Ramadan.

Katanya, jenis makanan tersebut ialah laksa dan juga lauk pauk yang dijual di bazar Ramadan di sekitar daerah Kota Setar.
https://www.kosmo.com.my/2022/04/16/tak-sedap-tak-payah-beli/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.256804 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list