CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2620|Reply: 21

Kereta Rosak Dan Telefon Pecah, Dugaan Boy Iman Nak Sertai Tabligh

[Copy link]
Post time 14-4-2022 11:04 AM | Show all posts |Read mode
"Tahun 2018 semasa saya dilanda musibah, jemaah tabligh diketuai Maulana Helmi dan DR Sam ada datang pejabat saya mengajak saya menyertai jemaah dakwah.


"Ketika itu Maulana Helmi baru mula nak bina empayar bergerak secara aktif. Dia ajak ke Yala tapi saya tak pergi atas sebab tertentu," kata pelakon Noruliman A Rahman atau Boy Iman, 42.




Foto: IG




Menurutnya, dia terus memasang azam dan niat untuk menyertai jemaah dakwah selepas itu namun belum berkesempatan.


"Syukur... baru sekarang saya berpeluang melakukannya apabila 'keluar' tiga hari pada 8 hingga 10 April lalu di madrasah milik Maulana Helmi di Jerantut, Pahang.


"Ia bukan asing buat artis hijrah dan antara yang turut serta ketika itu ialah DR Sam, Zack Kool, Aris Ariwatan dan YouTuber terkenal Zukee.


"Sebenarnya nak pergi sana pun kena ada hidayah dan seruan," katanya kepada Harian Metro.




  



Menurut Boy Iman, antara dugaan dilaluinya ialah kereta rosak, telefon jatuh dan pecah, namun dia tetap bertekad untuk pergi juga.


"Saya akui tiga hari program sangat menggembirakan. Jemaah tabligh dididik untuk tidak menghukum atau pandang status seseorang itu sama ada baik atau buruk.


"Menerusi sesi penerangan atau Bayan Hidayat kita diajar semua yang hadir jangan fikir soal status dan jangan bersangka buruk dengan orang.


"Semua tetamu perlu dimuliakan. Saya belajar semua perkara mengenai keindahan Islam. Perbaiki kelemahan diri dari segi solat dan sebagainya," katanya.




  



Boy Iman berkata, dia dapat merasai sendiri keajaiban yang berlaku sebaik program selesai apabila pemuda yang tidak dikenali sanggup membelanjanya ketika berbuka puasa di sebuah restoran.


"Inilah nikmat yang saya dapat. Masa di sana, saya dapati ramai orang berjaya dan kaya datang. Mereka sumbang wang untuk program berbuka dan lain-lain.


"Jadi selepas ini, saya sebagai pemilik Pertubuhan Kebajikan Dan Sosial Iman (Periman) nak ajak orang, menyumbang untuk bantu kerja-kerja dakwah.


"Selepas ini saya dapat sertai sebulan sekali pun okey. Saya sukakan sifat-sifat Maulana Helmi yang sangat terpuji. Dia bergaul dengan semua orang tanpa kira status," katanya yang akan ke Pulau Perhentian pula selepas Aidilfitri.




  



Bercerita perkembangan terbarunya dalam industri, dia gembira kerana baru sahaja memperolehi lesen pengarah dari Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).


"Saya sekarang sedang shooting beberapa video viral untuk syarikat. Selain itu, saya juga tengah tunggu untuk berlakon filem Kak Yong sambungan filem Bini-Bini Ku Gangster.




  



"Saya juga baru selesai berlakon drama Rehal untuk TV AlHijrah, manakala drama episod Laluna sedang ditayangkan di TV2 jam 8 malam setiap Jumaat dan Sabtu," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang seleburiti Malaysia ni buat perangai, susah miskin masuk tabligh ala2 penyucian. Dah Kaya balik mula buat balik taik semua xleh pakai
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:13 PM | Show all posts
pemahaman segelintir umat Islam di Malaya. Bila dah join tabligh, dah pergi umrah, semua dosa terhapus, jadi suci.

bodohhhhhhhhhhhh!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Busuk nama tabligh tu sbb mamat ni join. Jakon betul dpt tgk orka n bila orka belanja. Setakat baru join 3 hari , cerita mcm dah join 3 thn. Tu pon lepas balik, masih fikir pasal duit. Isi yg dia dpt after tabligh 3 hari = duit. Rugi2. Contohi Nabil & Shahrul Ridzwan tu dah lama follow tabligh baru cerita, tu pon nmpk diam2 je dedua tu xde over jakon mcm dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 12:42 PM | Show all posts
followers 101k tapi like 24 je???bangang punyai tokbelon
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:00 PM | Show all posts
Banyak sungguh masa sengkang heshe taip caption panjang2... ade org baca ke masalahnya? aku scroll je laju2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2022 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak ingat pakistan td.. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:34 PM | Show all posts
mcm olahan por dan robert di tailen nak nampak baik, pilihla jln agama..lepas tu keluar balik jd setan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2022 03:54 PM | Show all posts
IG aku lagi banyak likes dari belon ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 03:56 PM | Show all posts
panjang sgt malas nk baca haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Yucks.. Good for nothing die nie.. G bayar duit yg ko kapur dulu sblm mdk tabligh lah  ... Kang p berkempen MLM plk kat usrah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 04:47 PM | Show all posts
Lepas join tabligh 3 hari tbeee ade pertubuhan ajak org ramai menderma ke dia.
Suspicious sis, sgt suspicious.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Harley_Quinn replied at 15-4-2022 04:47 PM
Lepas join tabligh 3 hari tbeee ade pertubuhan ajak org ramai menderma ke dia.
Suspicious sis, sgt s ...

Kan.. X boleh nak husnuzon dgn dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Selebriti meleis ni gitulah..umrah haji tabligh ni sekadar agenda penyucian sajorkk insapnye idokk tahu2 keluar produk baru
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
BOYak sibuk nak menunggang agama lak
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 08:29 PM | Show all posts
belanja orang tabligh pakai duit haram dulu tu ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2022 10:16 AM | Show all posts
watymuchaz replied at 15-4-2022 05:27 PM
Kan.. X boleh nak husnuzon dgn dia ni

Itu laa, dia nk derma, derma laa sendiri.
Org lain tawu laa cmne nk derma, x perlu dia nk buat tabung ke apa ke
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok done stalk ig nye… followers 101k, like cuma 20-50 orang je… gitu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2022 11:04 PM | Show all posts
hang ingat masuk tabligh org boleh lupa apa janji hang...mana rumah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2022 07:28 AM | Show all posts
Harley_Quinn replied at 15-4-2022 04:47 PM
Lepas join tabligh 3 hari tbeee ade pertubuhan ajak org ramai menderma ke dia.
Suspicious sis, sgt s ...

bila baca part dia tubuh NGO dan ajak org derma terus iols sangka buruk. sekian....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.071514 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list