Enggan mengeruhkan lagi keadaan, penyanyi Yamani Abdillah mengambil langkah tidak masuk campur dalam perselisihan faham antara bapa, Datuk Jamal Abdillah dan adik tirinya, Zaki Yamani.
Yamani atau nama sebenarnya Osama Yamani Abdillah, 21, menghormati setiap pandangan yang dikeluarkan kedua-duanya dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Foto: IG
"Berat rasanya untuk saya bercakap tentang perkara ini kerana saya berada pada satu pihak yang berbeza.
"Saya tidak berani nak masuk campur kerana tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Saya kena hormat setiap pandangan mereka," ujarnya ketika dihubungi mStar.
Sebagai anak sulung, Yamani berharap isu sebegini dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin.
Yamani juga terbuka untuk menghulurkan sebarang bentuk pertolongan jika ia boleh membawa sengketa tersebut ke titik perdamaian.
"Saya harap permasalahan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Sebagai anak tidak salah jika Zaki sendiri yang pergi berjumpa ayah.
"Saya mahu melihat kami sekeluarga dapat hidup bahagia walau berlainan ibu.
"Jika diperlukan untuk selesaikan masalah ini, saya akan bantu," jelasnya.
Jamal kemudian mendakwa dia dihalang bertemu anaknya itu selepas bercerai dengan ibu Zaki iaitu Fatimatuzahra Samad.
Zaki menafikan hal tersebut dan memohon bapanya agar tidak bercakap perkara yang tidak benar tentang ibunya.
Untuk rekod, Zaki adalah anak daripada hasil perkahwinan Jamal dengan Fatimatuzahra Samad.
Selain Zaki, Jamal turut mempunyai anak lelaki bernama Osama Yamani hasil perkahwinan dengan Intan Noraina Mohd Yusof.
Pada 1 April 2017, Jamal berkahwin dengan Zai Izzati Khiruddin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2 dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan Februari lalu. -CARI
Post time 13-4-2022 05:03 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Osama Yamani ni lebih rapat dgn ayah dia. Waktu dia sekolah kat sekolah seni johor dulu Jamal rajin gak ulang alik. Siap nyanyi free lagi dlm occasion tertentu demi nak entertain sekolah anaknya. Celah mana dia tak peduli anak. Pasal tu osama malas nak komen. Ntah ntah si zaki ni mak dia yg angkara. Entah lerrr
kata tak side mana2... tapi kata as anak tak salah zaki sendiri pegi jumpa ayah...
bukan ke budak tu dah wasap ayahnye semua siap pos rindu rinduan dekat IG tapi ayahnya bolayan?
tokmal pun... raya kan sebulan... bahagi2 la.. kalau taknak dtg rumah ex, jemput anak2 tu dtg rumah beraya sama
Post time 14-4-2022 08:22 AMFrom the mobile phone|Show all posts
annadonna replied at 13-4-2022 05:03 PM
Osama Yamani ni lebih rapat dgn ayah dia. Waktu dia sekolah kat sekolah seni johor dulu Jamal rajin ...
Itu iols pelik, si Osama tu sokmo puji Babah dia baik lah itu itulah inilah. Dia pun nampak happy je ngn keluarga baru babah dia tu. Kemain sayang kat adik2 baby dia tu.
Bulan2 puasa ni elokla berbaik2 anak beranak, rendahkan ego memasing.