View: 1025|Reply: 4
|
"Dah Biasa, Kalau Anak Kena Ayah Pun Sama," Anak Sepahkan Rumah, Achey Kena 'Tempias'
[Copy link]
|
|
Sumber: Instagram Anne
Baru-baru ini, isteri kepada pelawak Achey Bocey iaitu Anne telah memuatnaik satu video di akaun Instagram miliknya yang telah meraih perhatian ramai. Menerusi video yang berdurasi selama beberapa saat itu menunjukkan keadaan di dalam rumah mereka yang kelihatan tidak kemas dan berselerak.
Oleh disebabkan itu, Anne telah bertindak menegur anak tunggal mereka iaitu Tiara Zinnirah kerana membiarkan semua permainannya berselerak di atas lantai.
Namun yang menjadi perhatian netizen adalah ketika Anne memarahi anaknya itu, Achey yang turut berada di situ terkena tempias kemarahan itu. Pedih tetapi biasalah kalau anak kena marah, mesti ayah pun akan kena benda yang sama.
Sumber: Instagram Anne
Ketika itu Achey sedang membersihkan topi keledar di sinki dapur namun niat baiknya itu telah membuatkan isterinya 'membebel' dan memintanya untuk mencuci topi keledar itu di luar rumah. Tetapi apabila Achey mengatakan dia sedang mencuci topi keledar kepunyaan isterinya, terus sejuk hati mama Anne.
Walaupun Anne memarahi anak dan suaminya, mereka kelihatan begitu 'cool'. Ini mesti kes dah selalu kena marah, last sekali reda sahaja bila Mama Anne memetir.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga peminat yang 'kesian' apabila Achey yang tidak bersalah itu turut terkena tempias. -CARI
Sumber: Instagram Anne
|
|
|
|
|
|
|
|
dia gini... ko jgn sesekali tunjuk muka atau berada kat situ bila isteri tgh marah. mmg kena lah hahahah |
|
|
|
|
|
|
|
ni anak angkat kan? jd anak susuan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kereta.... perhhhh....
better invest kat rumah kann... kereta biasa2 pun takpe kann...
|
|
|
|
|
|
|
|
anak angkat dia comellll mcm muka mak dia..mana dia dapattt... |
|
|
|
|
|
|
| |
|