CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 0

Projek mengkuang bantu jana pendapatan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Projek mengkuang bantu jana pendapatan



KUALA LUMPUR: Kehidupan Orang Asli yang begitu dekat dengan hutan dan alam semula jadi mendorong seribu satu keunikan untuk dimanfaatkan bagi menambah pendapatan golongan itu.

Antaranya, menerusi hasil kraftangan daripada mengkuang ini memberi idea kepada pengasas tunggal Native, Daniel Teoh, menawarkan peluang menjana pendapatan kepada wanita Orang Asli.

Justeru, masyarakat Orang Asli wanita disediakan latihan menerusi projek mengkuang supaya dapat melahirkan produk berkualiti berasaskan bahan berkenaan.

"Idea untuk mewujudkan projek mengkuang itu lahir ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membuatkan sektor pelancongan melawat perkampungan Orang Asli dihadkan.

"Bagi memastikan golongan itu terus menjana pendapatan, projek mengkuang bagi menghasilkan pelbagai produk kraftangan dipergiatkan.

"Daun mengkuang antara perhiasan tradisional masyarakat suku Semai. Kemudian saya mendapat idea untuk mencetuskan projek ini bagi menjana menjana pendapatan mereka," katanya.

Projek Mengkuang membabitkan pembuatan kotak yang diisi dengan empat dendan alat perhiasan suku Semai (daun mengkuang berwarna-warni), selain anyaman penanda buku yang ditawarkan berharga RM49.

Produk hasil kerja tangan Orang Asli ini mampu untuk diketengahkan, selain tidak mahu golongan itu ketinggalan jauh daripada kemajuan masyarakat luar yang lebih moden dan serba canggih.

Beliau berkata, Orang Asli bukan golongan terpinggir dan mereka adalah masyarakat eksklusif yang berpegang teguh kepada budaya, adat dan kepercayaan untuk diturunkan kepada generasi yang akan datang.

"Keunikan mereka juga antara elemen yang mampu mempelbagaikan tarikan pelancongan di negara ini. Apatah lagi Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai kepercayaan, budaya dan bangsa," katanya.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa menyediakan peluang seperti kursus asas bagi melengkapkan masyarakat Orang Asli untuk menjadi usahawan pelancongan dan bekerja bersama peniaga tempatan.

"Wanita masyarakat Orang Asli biasanya hanya menjaga anak-anak dan suri rumah. Kini mereka boleh bekerja dan menanggung diri sendiri seterusnya menghabiskan lebih banyak masa dalam masyarakat menerusi aktiviti disediakan.

"Jadi, kami mewujudkan peluang mencari pendapatan sendiri supaya mereka masih dapat bekerja tanpa mengabaikan tanggungjawab termasuk dalam projek daun mengkuang ini," katanya.


Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... ntu-jana-pendapatan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052618 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list