CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1485|Reply: 16

Budak 7 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 11 Pangsapuri Intan A

[Copy link]
Post time 12-4-2022 08:23 AM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh di Pangsapuri Intan A, Taman Puchong Intan, semalam.


Kejadian 6.50 petang itu menyebabkan mangsa berusia tujuh tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.




Gambar hiasan




Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 6.55 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi.


Katanya, mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat 11 dan mayatnya ditemukan di tingkat dua pangsapuri berkenaan.


“Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong kemudian membantu menurunkan mangsa dari lokasi berkenaan.


“Pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit sudah meninggal dunia dan mayat diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di Petaling Jaya malam tadi.


Menurut kenyataan itu, kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.




Sumber: UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal terlalu banyak kes ter-jatuh dari tingkat2 atas. Nyawa macam murah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:17 AM | Show all posts
bace kat fb katenye jatuh dlm tengah hari....kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
mcm mna bleh tjatuh. xde pngwasan dr org dwasa ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:34 AM | Show all posts
so heartbreaking bila baca pasal kanak2 jatuh bangunan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau flat ke ape yg bertingkek2 tu takleh ke kalau pasang gril lantai ke siling tak kisah la kat koridor atau balkoni unit, atau pon separuh konkrit separuh gril. aku pon seram nak gi dekat railing yg paras pinggang je kalau duk bangunan tinggi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 11:07 AM | Show all posts
kepompong replied at 12-4-2022 08:49 AM
Apasal terlalu banyak kes ter-jatuh dari tingkat2 atas. Nyawa macam murah sgt

Sebab dah makin ramai orang kita hidup macam merpati. Zaman dulu masing2 tinggal atas tanah atau paling tinggi pun atas pokok cultural shock la.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 12-4-2022 12:49 AM
Apasal terlalu banyak kes ter-jatuh dari tingkat2 atas. Nyawa macam murah sgt

Sah2 bunuh diri. Macam budak2 Singaporn. Cuma orang kita belum mahu acknowledge anak2 Malaysia pun dah reti bunuh diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-4-2022 11:27 AM
Sah2 bunuh diri. Macam budak2 Singaporn. Cuma orang kita belum mahu acknowledge anak2 Malaysia pun ...

tahun lepas & tahun ni macam countless kes macam ni. Dlm fikiran kanak2 boleh ke ada suicidal thought? atau sbnrnya cuma hallucination?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
kepompong replied at 12-4-2022 03:29 AM
tahun lepas & tahun ni macam countless kes macam ni. Dlm fikiran kanak2 boleh ke ada suicidal thou ...

Hada. Especially jika meka hada mental illness? Sebab adik lelaki aiol pernah nak terjun dari tingkat 2 rumah weols masa dia baru 5 tahun kerana merajuk ai marah dia. Cepat2 ai pi kejar pujuk iya. Takajut sangat. Dari sana ai sadar budak2 pun hada suicidal tendency. Dan sepupu lelaki aiol masa darjah berapa ntah, pernah kata kat mak dia, dia nak bunuh diri sebab selalu kena buli dan ejek dia sekolah kerana his skin colour is different (dia ni anak kacukan yenna). So...Yah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
means parents nowadays kena alert dgn perkembangan anak2 & bagi focus ke each & every needs …i  baru je tengok youtube pasal parents yg realize anak dia hidap sejenis penyakit, menyebabkan anak yg baru lahir tu ada masalah penglihatan (in other words, buta lah kan) .. kagum dgn parents tu yg cuba nak faham anak dia … kalau tak diberi didikan secukupnya maunya anak dia depress teruk , esp duduk kat negara yg mengejar kemewahan
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-4-2022 11:33 AM
Hada. Especially jika meka hada mental illness? Sebab adik lelaki aiol pernah nak terjun dari ting ...

So far this suicidal tendency belum ada dlm diri ko(diterjah left right centre)dlm forum ini kheunz?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 12:41 PM | Show all posts
sbb ni aku takut nak dok rumah tinggi2. seriau. lagi2 yang takde grill tu alasan tuan rumah, takde pencuri berani panjat tinggi2.. mmg la pencuri tak panjat, tp keselamtan penghuni macamana? nak2 yang ada anak kecik?

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 01:29 PM | Show all posts
Parents/guardian pun takde masa nak monitor anak. Sibuk kerja, itu ini. Dulu orang kerap humban barang dari tingkat atas flat ke bawah, diorang install jaring. Ni budak plak terjatuh, baik lah fikir pasang grill ke apa. Nyawa kot.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aku x leh brain la bebudak yg suka memanjat ni walhal ko nampak bawah tu sayup je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-4-2022 11:33 AM
Hada. Especially jika meka hada mental illness? Sebab adik lelaki aiol pernah nak terjun dari ting ...

Anak iols darjah3 kata haritu ada kwn kelas dia nak terjun tingkap dari tingkat 2. Iols rasa dia special kid tp skola anak iols takde kelas khas so letak ja kelas yg kurang murid. baru tuka skola. Masa mula masuk nangis,koyak kertas x buat keje skola. Riuh 1 skola cikgu sampai 3 org pegang dia kuat paut kat tingkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 03:02 PM | Show all posts
Bukan tak boleh dibiarkan sendiri tampa pengawasan.  Kita tak tahu apa tindakannya.  Sebab tu makin banyak rumah baru yang ada tingkap tapi tak boleh dibuka besar mungkin untuk elak kejadian macam ni  terjadi.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.480918 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list