CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Kedah] Sedih tak sampai lima minit...

[Copy link]
Post time 11-4-2022 01:31 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA JIM Kedah menahan seorang wanita warga Indonesia dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di Taman Setia Jaya selepas anggota JIM menerima maklumat mengatakan berlaku aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Alor Setar: Awalnya, seorang wanita warga Indonesia yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah bersalam sambil meminta maaf kepada suami kerana menyangka tidak berpeluang lagi bertemu lelaki warga tempatan terbabit.

Bagaimanapun, babak sedih 'sinetron' itu berakhir kurang lima minit kemudian apabila pegawai JIM memaklumkan lelaki terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung aktiviti dilakukan isterinya.

Mendengarkan penjelasan itu, wanita terbabit yang pada dilihat sugul menahan sedih kembali tersenyum apabila mengetahui dia dan suami belum lagi 'berpisah' sebelum dibawa menaiki van.

Pasangan terbabit ditahan dalam serbuan di sebuah kawasan perumahan di Taman Setia Jaya selepas anggota JIM menerima maklumat mengatakan berlaku aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Dalam serbuan jam 3.20 pagi semalam diketuai Timbalan Pengarah JIM Negeri Rosmaliza Mohamed Rashid, dua wanita warga Indonesia berjaya diselamatkan selepas mereka dikesan menjadi mangsa eksploitasi pasangan berkenaan.

Difahamkan, suspek menggunakan dua rakan senegaranya untuk melakukan kerja khidmat mencuci rumah dengan membayar gaji murah kepada mereka.

Rosmaliza berkata, semua yang ditahan dan diselamatkan itu berusia antara 38 hingga 46 tahun.

Menurutnya, mangsa dikatakan dikerah bekerja sehingga 9 jam dan hanya dibayar gaji tidak sampai RM1,000 sebulan dengan suspek bertindak sebagai ejen mencari kerja untuk mereka.

"Siasatan mendapati mangsa baru beberapa bulan tiba dan dibawa tinggal bersama suspek manakala lelaki tempatan yang juga suaminya jarang pulang ke rumah terbabit," katanya.

Katanya, hasil pemeriksaan dalam bilik di rumah terbabit pihaknya berjaya menemukan lima pasport Indonesia yang masih belum tamat tempoh dan wang tunai RM1,200 dipercayai hasil kerja haram pasangan terbabit mengeksploitasi migran.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan pasangan berkenaan akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang & Penyeludupan Migran 2007.

"Mangsa pula akan ditempatkan di rumah perlindungan sementara dan akan diberi perintah perlindungan sehingga selesai diambil keterangan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... k-sampai-lima-minit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.041176 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list