CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1837|Reply: 26

[Tempatan] Imam berjubah dicekup merempit

[Copy link]
Post time 10-4-2022 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Imam berjubah dicekup merempit

https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... h-dicekup-merempit/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
10 April 2022, 1:16 pm


Imam surau yang ditahan merempit itu.

SHAH ALAM – Tindakan seorang imam surau merempit bersama rakannya di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) di sini, memakan diri apabila ditahan polis awal pagi tadi.

Difahamkan, lelaki berusia 20 tahun yang juga bekas pelajar tahfiz sebelum itu mengimamkan solat terawih di sebuah surau sekitar Klang.

Perbuatan imam muda yang melakukan aksi berbahaya dengan berjubah itu dikesan Unit Risikan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, kira-kira pukul 2 pagi.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Nadzri Hussain berkata, lelaki itu antara lapan individu yang ditahan pihaknya menerusi Ops Samseng Jalanan berkenaan.

Katanya, pemantauan mendapati pemuda itu dan seorang rakannya berusia 22 tahun melakukan aksi ‘Superman’ dan bersaing sesama sendiri yang membahayakan nyawa terutama pengguna jalan raya lain.

“Kedua-dua penunggang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Beliau menambah, enam lagi yang turut ditahan adalah termasuk remaja berusia 14 hingga 22 yang dikesan melakukan lagak samseng jalanan di Lebuh Raya Persekutuan dan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS).

Kata Mohd. Nadzri, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan melaksanakan operasi seumpama itu secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kelebihan sikit berbanding org lain Bab ilmu Al Quran..tp terpedaya dgn nafsu jiwa muda..Bab nafsu, even org alim pun ramai terpedaya..den menyampah giler dgn mat rempit..memekak Dan menyusahkn org..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:13 PM | Show all posts
“Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,”

tarawih cancel sbb imam tak dapat datang takde motor



Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempat lagi ko ye pak.imam..masa terawih tu tak de ke ayat2 yg ko baca tu menusuk di kalbu ko tu?
Malu tau malu tgk perangai ko
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:09 PM | Show all posts
krustykrab replied at 10-4-2022 07:39 AM
Sempat lagi ko ye pak.imam..masa terawih tu tak de ke ayat2 yg ko baca tu menusuk di kalbu ko tu?
Ma ...

majoriti kita hafal je. tapi maksud tak berapa faham.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa anak nakal sikit mesti hantar tahfiz..
Tp eloklah hantar sekolah pemulihan akhlak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 10-4-2022 05:09 PM
majoriti kita hafal je. tapi maksud tak berapa faham.

Dia kan budak tahfiz..diorg selain hafal quran diorg ada belajar jgk tafsiran
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ana cuma berjihad fisabilillah di jalan yang lurus sirotul mustaqim, kenapa ente mau tangkap sama ana, ya habibi ya maulana cabut gigi pakai spanar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak merempit tu at least buka dulu jubah. Merempit separuh bogel. Lagi best tajuk kat forum cari.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kot ye pun bwk la baju spare. Tukar dulu baju sblm gi merempit. Tak pun pakai siap2 under jubah tu. Habis tarawikh je cabut jubah terus transform ala2 superman gituh
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 10-4-2022 11:15 PM
Nak merempit tu at least buka dulu jubah. Merempit separuh bogel. Lagi best tajuk kat forum cari.

...

Macam sedap jah imam terawih shirtless
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-4-2022 11:21 PM
Macam sedap jah imam terawih shirtless

Tajuk - Imam muda shirtless ditahan merempit di nkve.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha takmerepek tak sah ler acik-acik di bulan ramadhon ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:52 PM | Show all posts
Edited by hyie at 10-4-2022 11:53 PM

hahaha tahun lepas kat tempat keje iols, ada sorang budak tahfiz ni memang suka join rempit2 ni. Namun time posa heshe jadi imam tarawih yach. Sebijik la macam budak kat atas ni. Time keje malam siap ajak membe datangmain game pubg sesama tanpa pengetahuan weols. Weols tahu pun sebab ada guest yang cerita secara tak sengaja, dan weols korek la sampai kantoi Tapi tak citer la kat heshe. Asal pagi sebelum subuh, keluar sesenyap anta awek gi keje, kalau awek masuk syif petang heshe keluar dalam 5 lebih, tanpa bagitau kitorang. So ofis tinggal nganga gitu je. Ko rasa? Sekarang dah benti. Time keje takda la jujur mana, sama je macam bbnu lain, melilau mengelat apa semua. So weols takda la nak rasa kagum ke apa bila dengar ko lepasan tahfiz ke apa sebab sama je macam orang lain. Kowserrr
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat dia tengah menunggang buraq ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
xsyg nyawa ke. elok2 imamkn solat terawikh kang nnti ahli jemaah lak yg bt solat jenazah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg pergi sekolah tahfiz siap jadi imam yg merempit sakan bahayakan nyawa org lain. Yg pergi konsert justin bieber aman2 jah
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 12:42 AM | Show all posts
krustykrab replied at 10-4-2022 09:42 AM
Dia kan budak tahfiz..diorg selain hafal quran diorg ada belajar jgk tafsiran

ayat al quran turun berperingkat. turun pun bersebab.
kadang2 jealous tengok pak arab kat Mekah buat tarawaih
sampai nangis2 sebab dia paham maksud.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:12 AM | Show all posts
Walaupun imam jiwa rempit xdpt dipisahkan…mcm2 lahai..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 05:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Patut dia rempit terawih sekali. 20 rakaat 20 minit.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.096064 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list