|
Achey, terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman selepas sebaik sahaja menerima perkhabaran kesihatan ibu tercintanya, Ngaisah Hassan, yang tiba-tiba merosot.
Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Sakit itu ada memuat naik satu video yang memperlihat dia dalam perjalanan untuk pulang ke Segamat, Johor.
Foto: IG
Menurut Achey, dia terpaksa menangguhkan segala tugasan di ibu kota dahulu apabila menerima perkhabaran tersebut.
“Kami tangguhkan dahulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak merosot.
“Doakan mak saya @hajah_ngaisah baik-baik…. mak kuat. Insya-Allah,” coretnya ringkas.
Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat ibunya.
“Semoga baik-baik dan dipermudahkan abang,” komen penyanyi Wanns Ahmad.
“Ya Allah, Kau berikanlah kesembuhan buat mak, Ya Allah. Buat Achey, hati-hati ya. Jangan putus doa buat mak,” komen juga pelakon Jozlynn.
“Amin. Saya doakan mak Achey sihat,” komen usahawan Aliff Syukri. -CARI
Sumber: Utusan Online
|
|