Jenama pakaian wanita mampu milik dan selesa byLR diusahakan syarikat Iwan Industry Factory Sdn Bhd optimis untuk terus realistik dan praktikal memenuhi kehendak pasaran.
Dilabel sebagai pakaian ‘kampung’ yang tidak sarat, jenama diusahakan artis dan usahawan terkenal Ayu Raudhah tidak kisah dengan skeptikal masyarakat.
Kredit foto: Suara Merdeka/byLR
Malah, Ayu yang juga isteri pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha optimis dengan koleksi raya sedondon untuk ibu dan si kecil dipasarkan tahun ini.
“Kami tekad mengeluarkan pakaian wanita contohnya seperti baju kurung kain kapas premium dan corak ala songket yang dijual dengan harga berpatutan.
“Niat kami mahu semua golongan wanita boleh bergaya cantik tanpa mengeluarkan bajet yang mahal. Rangkaian harga pakaian bermula serendah RM69 hingga ke RM129 untuk usia 18 ke 50 tahun.
“10000 helai pakaian itu disasar boleh habis terjual dalam tempoh kurang sebulan bermula bulan Ramadan ini. Kami mensasarkan RM1 Juta jualan dalam sebulan. Tahun ini secara keseluruhan kami sasar RM12 juta boleh disasar. Insya-Allah,” kata Ayu sambil memberitahu koleksi raya membabitkan anak perempuannya (Laura Zuleykha).
Kredit foto: Suara Merdeka/byLR
Jenama beribu pejabat di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang yang mula mengembangkan sayapnya sejak hujung tahun lalu itu juga tidak mahu membebankan golongan wanita terutama di era semasa.
Ditanya wanita bertaraf figura umum atau public figure, apakah jenama diwakilinya itu seiring dengan statusnya, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan tidak kisah dengan pandangan orang.
Kredit foto: Media Hiburan
“Saya boleh akui seorang yang tidaklah terlalu ringkas dalam bergaya. Kalau sudut artis, pakaian digayakan bergantung kepada majlis dan situasi.
“Namun atas kapasiti usahawan, saya tak boleh ikut kehendak sendiri. Pakaian cantik dan mahal belum tentu orang ramai pakai. Tapi pakaian cantik, selesa, ringkas, harga munasabah dan dianggap ‘kampung’ itu tentu-tentu ramai nak.
“Biarlah bijak membeli, menang memakai. Sekarang ini pun, koleksi terdahulu dijual pada harga diskaun 30 peratus sempena pra Ramadan. Saya juga nak ajak semua tambah pendapatan sempena raya kali ini dengan menjadi ‘dropship’. Boleh rujuk pautan byLR Official,” kata Ayu.
Sumber: Suara Merdeka |