View: 919|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kerja pegawai bank pun tetap kena scam. Melayang RM243,000
[Copy link]
|
|
Pegawai bank ditipu, rugi RM243,000
Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Pegawai bank kerugian RM243,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pinjaman tidak wujud.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Superintendan Mohamad Musa Marsidi berkata, lelaki berusia 54 tahun itu berurusan untuk membuat pinjaman sebanyak RM80,000 dengan mengisi borang di laman sesawang.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dihubungi pekerja syarikat pinjaman wang dan diminta untuk membuat beberapa transaksi sebagai bayaran proses pinjaman.
"Sejak 28 Februari lalu hingga Mac lalu, mangsa ada membuat bayaran sebanyak RM243,000 secara berperingkat ke sembilan akaun bank yang diberikan.
"Selepas mula berasa curiga dan tertipu, mangsa kemudiannya membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mohamad Musa berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
"Bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan tawaran pinjaman wang tidak wujud, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya jangan mudah percaya iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah dan proses permohonan yang pantas tanpa syarat ketat," katanya.
Disiarkan pada: April 6, 2022 @ 3:06pm
Sumber: hmetro.com.my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa sikit pelik.... dia nak pinjam 80k jer
tapi kenapa dia boleh pulak transfer sampai 243k
sebelum dia syak dia kena scam ? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by salimrock at 6-4-2022 03:34 PM
pernah seorang pekerja sykr kewangan cerita kt wa, dia kenal sorang pelabur dr negara arob, nak melabur tp dia nak member aku bayar dlm RM 3000 , lepas tu 2000 ( tota aku dengor hampir 10 K)
(dah la kenal dlm internet, bagi duit lagi, hensem pulak tu arob tu gambar yg dia bg tu )
dah dekat 10k , baru tanya aku,
aku cakap scam ni kak,
akak : eh jgn la ckp mcm tu, rugi la akak , akak sukar nak percaya bila ko cakap ni scam
aku: err dah scam nak buat cam ne, cuba akak tanya boleh dpt tak duit tu
akak tu pn mintak, tak dpt dia pn ckp kt prince tu ( prince kau, wow sangat ) budak IT ni nasihat dia jgn layan,
prince tu cakap budak IT itu penipu, dengki, dan cemburukan kejayaan ummah
skrg aku dgr akak tu pelan2 bayar anusran kredit kad yg dia dah bayar pada prince tu,
yg kasian dia siap call bank tanya, ada tak fund masuk ( usd 1 juta k usd 3 juta )
aku harap ini kisah jd kan tauladan, bg diri sendiri dn pembaca semua... bukan nak aibkan sesiapa, hrp takde lagi kisah orang kena scam...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols sendiri pernah jadi mangsa scam 5 tahun lepas. Takde la sampai ribu2. Cuma rm150 je. Tiap hari iols doa agar pemakan duit haram tu kena busung & mati bermuntahkan darah & jenazah keluar ulat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|