Kredit foto: IG
"Mereka ibarat berpuasa sepanjang tahun di sini.”
Datin Seri Heliza Helmi menyarankan supaya membawa makanan kucing sekiranya hendak menunaikan umrah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah.
Kredit foto: IG
Kasihan melihat banyak kucing jalanan di sana kebuluran dan kehausan dek kawasan kering dan tiada makanan.
Justeru, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan itu menyeru para jemaah berkongsi rezeki dengan haiwan berkenaan.
Menerusi hantaran di Instagram, Heliza memuat naik video dia membeli makanan dan keperluan untuk memberi makan kepada kucing jalanan di sana di sebuah pasar raya.
Dalam hantaran lain, Heliza juga berkongsi beberapa video sedang memberi kucing jalanan makan dan minum.
Berikutan perkongsiannya itu, ramai pengikut dan warga maya mendoakan Heliza serta suami diberkati Allah SWT. - CARI
|