CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

Wanita Maut Makan Gula-Gula Ganja

[Copy link]
Post time 6-4-2022 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Polis Britain mengeluarkan amaran mengenai bahaya mengambil ganja dalam bentuk gula-gula susulan kes kematian tragis melibatkan seorang wanita berusia 23 tahun, lapor akhbar Daily Star kelmarin.


Menurut laporan, mangsa membeli  gula-gula ganja dan memakan bahan itu bersama seorang rakannya di Ilford, timur London.




Getty Images




Sejurus selepas itu, mereka jatuh sakit dan dikejarkan ke sebuah hospital di London pada 29 Mac lalu.


Wanita berumur 23 tahun itu meninggal dunia di hospital beberapa hari kemudian. Polis masih  menanti keputusan bedah siasat dan ujian ke atas beberapa gula-gula ganja  itu yang ditemui.


Menurut polis, terdapat kes serupa di mana seorang wanita jatuh sakit selepas makan gula-gula ganja di Tower Hamlets.


Selepas melakukan siasatan, polis menahan seorang lelaki pada Jumaat lalu dan merampas  produk ganja yang boleh dimakan beserta sejumlah wang tunai.


Dia didakwa pada keesokan harinya kerana memiliki bahan terlarang tersebut.


“Saya perlu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengambil sebarang bahan terlarang (ganja) termasuk yang dibungkus dalam bentuk gula-gula.


“Selain diharamkan, pembungkusan dalam bentuk mesra kanak-kanak boleh membuatkan produk itu dimakan secara tidak sengaja,” kata Ketua Superitendan Kawasan Timur BCU Polis Metropolitan London, Stuart Bell.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.188188 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list