CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4055|Reply: 38

329 Anugerah- Siti Nurhaliza Tersenarai Top 100 Most Awarded Musician Of All-Time, Celine Dion Pun Kalah

[Copy link]
Post time 6-4-2022 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Nama penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza trending di Twitter apabila senarai Top 100 Most Awarded Musician of All-Time bersama barisan selebriti antarabangsa seperti Michael Jackson, Beyonce dan BTS.


Menerusi akaun Twitter sumber utama perkembangan pemuzik antarabangsa iaitu The Artist Museum, Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-27 dengan jumlah 329 anugerah yang diterima sepanjang berada dalam industri seni.


Kedudukan itu juga mengalahkan barisan penyanyi terkenal antaranya Justin Timberlake, Usher, Nicky Minaj, Katy Pery, Celine Dion, Selena Gomez, Bruno Mars, Alicia Keys, Christina Aguilera dan kumpulan K-pop terkenal Super Junior serta TWICE.




Foto: IG




Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan berbangga dengan pencapaian hebat penyanyi nombor satu Malaysia itu dengan jumlah anugerah yang mengalahkan beberapa selebriti terkenal dunia.


“Tahniah Siti Nurhaliza. Sentiasa menjadi penyanyi nombor satu dan satu-satunya penyanyi saya. Tolong, jangan berhenti menyanyi. Kami masih perlukan anda dalam industri.




  



“Wow tahniah Datuk Seri Siti Nurhaliza. Dahsyat betul boleh masuk dalam senarai ni.


“Hanya satu-satunya artis Malaysia yang mewakili bersama bintang terkemuka yang lain. Syabas DS Siti Nurhaliza!


“Wow ada Siti Nurhaliza dan kedudukannya di atas Celine Dion,” antara komen netizen yang berbangga dengan pencapaian itu.







Untuk rekod, Siti Nurhaliza adalah artis Malaysia yang paling banyak menerima anugerah sehinggakan rekod beliau telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2001 dan kekal pemegang rekod sehingga kini.


Sehingga kini, penyanyi berusia 43 tahun itu telah menerima dan memenangi lebih dari 300 anugerah tempatan dan antarabangsa.




  



Penyanyi lagu 7 Nasihat itu adalah pemegang beberapa rekod untuk pelbagai anugerah dan penghargaan.


Antaranya 42 anugerah di Anugerah Industri Muzik, 25 anugerah di Anugerah Bintang Popular, 28 anugerah di Anugerah Planet Muzik, 20 anugerah di Anugerah Juara Lagu, empat di Anugerah MTV Asia, tiga di World Music Awards, dua di Anugerah Musik Indonesia dan pemegang dua rekod dalam Malaysia Book of Records. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kalau sheols je yang konsisten tak mendonat dalam industri ni, selayaknya lah kan

Walaupun pada I branding "Siti Nurhaliza" tu wangi sampai 2014 jah, album Fragmen letops, Konsert Lentera Timur pun letops, lepas tu semua serba tak kena

Konsert Unplugged sheols tu baju maha buruk and arrangement Aubrey bukit very tak berjiwa
Album SimetriSiti tu album paling aib sepanjang career seorang Siti Nurhaliza
Album ManifestaKampung2020 sheols pun hazab, very tangkap muat yahh
Konsert SNOT tu pun baju sangat aib


I perasan sejak sheols bersalin, terus auto busuk ya karier nyanyian sheols. I speku sebab sheols pun malas fikir and harapkan team busuk sheols. Selain Rozi, siapa je yang dalam Team tu layak nak handle seorang Siti Nurhaliza? Ada ijazah tak? Ada ilmu management ke tak? Rozi pun salah satu sebab Siti makin busuk, dengan rambu ramba sana sini stylist tak nak upah, bila peminat marah mulalah bersyair puisi menopause sheols ru :
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang lah menang kalau kira mcm nih.....dia dh puluh tahun monopoli kat area sini....cer tgok yg grammy tu saingan sengit satu artis brpe tahun je boleh mendonia....si justin ngan bili elish pon balik tgn kosong....tanda tanda artis hollywood dah nak jatuh ialah mai buat konsert kt melesia....kalu tak sebelah mata pon tk pandang....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
chanthik replied at 6-4-2022 11:08 AM
Dah kalau sheols je yang konsisten tak mendonat dalam industri ni, selayaknya lah kan

Wa ...

Tumpang gelak jer
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:34 AM | Show all posts
Tahniah Siti Nurhaliza...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:40 AM | Show all posts
haiyo gmbr kt ats tu
berangan pwincess
melekap plk tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 6-4-2022 11:28 AM
Memang lah menang kalau kira mcm nih.....dia dh puluh tahun monopoli kat area sini....cer tgok yg gr ...

Sebab tak ada artis kat Hollywood tu yang gigih keluar lagu setiap tahun yah. Kak Yonce, Taylor Swift, Michael Jackson pun adalah jugak gap antara lagu atau album baru

Siti dari 1996 - 2021 pasti ada lagu baru setiap tahun. Yang hits , hits lah. Yang flop macam album English & Legasi sheols tu tenggelamlah di jurang mariana
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Masuk industri awal dan konsisten bukan senang. Tapi rezeki sheols la makin kaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 11:47 AM | Show all posts
sebab  tokti maintance kut ahahha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:51 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 6-4-2022 11:40 AM
haiyo gmbr kt ats tu
berangan pwincess
melekap plk tu

Paling I tak suka fesyen sheols kat TV(a.k.a fesyen Rozi menopause) , gigih nak labuhkan tudung tapi baju melekap.

Lagi baguslah kalau Siti pakai suit dengan bawal jah, lagi tutup aurat dari dress melekap lepastu tudung tutup ketek jah

  

  




Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Okaylah tu. Kalis makian, dan tak balas makian orang inilah ganjarannya. Tak payah compare compare. Lain negara lain budaya dan kuasa membelinya. Siti pun bukan terperuk kat malaysia je. Indonesia, brunei, filipina, thailand semua familiar Siti sebagai Malaysian celebrity. Aib aib yg di highlight ni langsung tak ada impak pada realiti bahawa aura dia masih powerful.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg credit ni twitter acc je ke? Buat list syok sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chanthik replied at 6-4-2022 11:08 AM
Dah kalau sheols je yang konsisten tak mendonat dalam industri ni, selayaknya lah kan

Wa ...

Ku sangat setuju kaka..tq kaka sebab tolong tuliskan..tapi tahan jela dengan peminat dia yang tak boleh terima kenyataan..

Ikhlas dari
Xpeminat ct
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:17 PM | Show all posts
peminat bapok dia mesti menjerit histeria tgk pencapaian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:18 PM | Show all posts
uishh gila nk bandingkan tokti dengan celine. celine pun agaknya xhadap award mcm tu...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
chanthik replied at 6-4-2022 11:08 AM
Dah kalau sheols je yang konsisten tak mendonat dalam industri ni, selayaknya lah kan

Wa ...

Logik lh umur pon dah berapa,dari remaja dh nyanyi kot.lama2 x kuasalah nk fikir semua ni.apa dia kisah duit tak habis makan.now time utk tok ti enjoy life dia.sbb tu dia tak kisah pon dgn semua kutukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 12:32 PM | Show all posts
chanthik: Dah kalau sheols je yang konsisten tak mendonat dalam industri ni, selayaknya lah kan Walaupun pada I branding "Siti Nurhaliza" tu wangi sam ...


me boleh katakan bekas fanatik, dan meols setuju. Meols dah downgrade jadi fans biasa sajokkk sejak kena block merata dengan Rozi Khamphung bermadah puisi tu...asal bagi pendapat je sentap, asal komplen je sentap...kemuncak meols komplen pasal boxset manifestasi buruk tu, meols kena block....kehkehkeh.. apa ke buruk gila boxset dia... peminat habis ratus-ratus tau sial... asal komplen je mula lah berpuisi... hanjeng betul
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Retis paling terpaling si jahtek mesti nak macam ni gak kaaannnn...mesti cakap.dalam hati one day...hahahhaahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok ti tak heran pon dgn komen korang.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:03 PM | Show all posts
camna eh siti ni tak kena santau etc. kalau org lain just  jual nasi lemak laku sikit je drpd org lain siapla ade org hantar wakil nak dengki
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.171859 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list