CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2923|Reply: 21

Lakon Watak Dera Isteri, Nadhir Nasar Tak Kawal Emosi Untuk Tampak Lebih 'Real'

[Copy link]
Post time 6-4-2022 09:55 AM | Show all posts |Read mode


Memberikan corak lakonan meyakinkan menerusi siri I-Tanggang dan Projek Anchor SPM, kehadiran Nadhir Nasar dalam industri seni lakon semakin disedari oleh penggemar karya tempatan.


Tampil dalam siri mini baharu berjudul Nusyuz Berkiblat Cinta, Nadhir diberikan kepercayaan untuk menggalas karakter sebagai seorang suami dayus yang suka mendera isterinya sama ada secara fizikal mahu pun mental.


Pertama kali melakonkan watak sebegitu, Nadhir mendedahkan dia mempunyai cara tersendiri untuk merealisasikan karakter tersebut agar kelihatan 'hidup' dan bukannya dirancang.


"Sebelum ini saya banyak lakonkan watak sebagai remaja atau budak sekolah. Kali ini saya cabar diri untuk bawa watak Erfhan iaitu lelaki dewasa yang selalu mendera isteri dan boleh dikatakan suami dayus.





"Walau pun ia hanya sekadar mini series tetapi banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang bekerjasama dengan pengarah dan pelakon lain seperti Shaza Bae, Fikry Ibrahim dan Emma Maembong," katanya kepada Media Hiburan.



Berganding dengan Shaza Bae sebagai suami isteri dalam drama tersebut, kata juara Hero Remaja 2020 itu, dia dan aktres itu berusaha sebaik mungkin untuk menjadikan setiap babak lakonan mereka kelihatan nyata terutama pada adegan membabitkan penderaan.



  



"Bercakap mengenai babak pukul isteri, saya sebagai pelakon baharu tak kawal pun perbuatan saya. Semua rasa marah itu saya lepaskan. Cuma teknik pukul itu ada caranya agar ia tidak menyakitkan atau mencederakan rakan pelakon.






  



"Saya banyak bergerak mengikut rasa. Adakalanya kami tak buat latihan pun sebab inginkan emosi yang real dan bukan dibuat-buat. Dan sudah semestinya berganding dengan pelakon yang turut 'memberi' akan membuatkan saya lebih mudah untuk menjayakan sesebuah babak," katanya. -CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 10:10 AM | Show all posts
x minat betul aku kalau citer orang suka promot keganasan domestik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:15 AM | Show all posts
jangan nak 'method' sangat dik, nanti ting tong macam Iqqieqieram Chicky, Nek Ellie & lelain dik. Cukuplah berlakon sekadarnya... asal jangan kayu kayan macam Aaeron Peti Ais Pemegang Status PR tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 10:43 AM | Show all posts
mamajawie replied at 6-4-2022 10:10 AM
x minat betul aku kalau citer orang suka promot keganasan domestik ni..

setujuu.. aku cukp x suka drama2 gini..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
yg cerita syukri yahya n nina apa tu…laki jeles gle kat bini…kenal pukul maca nk mampuih org tu ….drama tu sampai dua season..rg still bagi attention pe… drama drama macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Btw keganasan domestik tuh real ok...i mean mmg berlaku dlm real life...lebih teruk dr itu...terima kenyataan jerlah korang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2022 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress citer gni. Order food panda pun kn mrh.gila
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 6-4-2022 11:39 AM
Btw keganasan domestik tuh real ok...i mean mmg berlaku dlm real life...lebih teruk dr itu...terima  ...

Ye la. Someone yg i kenal smpai laki bawak golok nak sembelih.. Nak lari xnekad lg kot sbb laki ugut nak ambik anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
800214 replied at 6-4-2022 11:52 AM
Ye la. Someone yg i kenal smpai laki bawak golok nak sembelih.. Nak lari xnekad lg kot sbb laki ug ...

Drama represent actual life...so hadaplah scene2 gituhhhh..xlayak tuk tontonan umum?katup tv trus..jgn tengokkk...p buka oasis sana tuh
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka boiboi... Hero Remaja... Berlakun jadi suami ganas. Tak sesuay.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahuan masing2.
Fasha... Macam down sydrome
Bapak kandung... Syiok sendrik mahu jadi penyanyi
Adik lelaki nya.. Panas baran. Paksa org suka dia.
Mak nya...jadi cleaner nak bayar hutang keluarga.
Mak mentua... Sewel Terpekik2 (Tak penat ke berlakon jadi jahat,  Terpekik2 jengkel biji mata )
...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Turn offffff gilaaa tgk dia bawa watak panas baran tu sebab suara heols punyala kecikkkk tak sesuayy langsung, geli geli je
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa umur heols nih?? Muka mcm 25+ tapi suara mcm budak laki 15 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-4-2022 01:09 PM
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahua ...

Dlm ni ada fasha kaaa? Aku dh mis 2 episode
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-4-2022 01:09 PM
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahua ...

Mcm salah drama jer bang mat. Fasha nyer drama yg Ada nad zainal kangkang kan?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-4-2022 01:09 PM
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahua ...

Bingung jap baca ni
Rupanya citer lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-4-2022 01:09 PM
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahua ...

EH KAU NI..SALAH MASUK RUMAH NI...beria la aku BACA sampai habis ..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
MissYouSayang replied at 6-4-2022 06:46 PM
EH KAU NI..SALAH MASUK RUMAH NI...beria la aku BACA sampai habis ..

Alamak... Cerita lain eh. Maap lah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 6-4-2022 01:09 PM
Dalam drama ini semua tak bahagia.  Yg baik merana. Yg jahat pun Tak happy. Semua ikut layan kemahua ...

Ko salah drama ke mat
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Sat lg bila tv tayang drama cliche megah holding bagai..ramai pulak bising..katanya itu jerla jalan citer yg ada..padahal..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076057 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list