Susulan kekecohan tercetus disebabkan seorang pensyarah institusi pengajian tinggi (IPTA) memperlekeh seorang pelajar golongan B40 kerana tidak memiliki komuter riba, banyak pihak terpanggil untuk mengulas isu berkenaan.
Kredit foto: IG
Penerbit Datuk Ayu Puteh tidak terkecuali mengulas isu itu di ruangan komen pada hantaran Murai MY mengenai kejadian tersebut di Instagram.
Kredit foto: Seleksi Network
Menerusi perkongsiannya itu, Ayu bersetuju dengan kata-kata pensyarah terbabit kerana dia pernah melalui situasi di mana perlu berkorban demi pelajaran adiknya.
Katanya, dia pernah menjual gelang dan rantainya supaya adiknya dapat belajar komputer dan bahasa Inggeris.
"Maaflah, saya setuju je dengan pensyarah ni sebab pernah tahu keadaan itu bila kita rasa tanggungjawab.
"Saya gadaikan barang-barang untuk pelajaran anak dan bantu ibu bapa serta adik.
"Saya orang felda je dan susah masa itu," tulisnya.
Kredit foto: IG
Bagaimanapun, ramai juga tidak dapat menerima pendirian Ayu.
Kata mereka, dia tidak layak bercakap demikian kerana 'tidak setaraf' golongan B40.
Kredit foto: IG
Berang dengan kecaman warga maya, Ayu membidas dengan menegaskan bahawa dia cuma berkongsi pengalaman selain menjelaskan dirinya juga pernah merasa susah.
Kredit foto: IG
"Kalau tak ada reda sajalah. Tak payah belajar yang pakai komputer atau pandai-pandai kalau nak belajar," ujarnya.
Kredit foto: IG
Tak usah bergaduh, ambil yang jernih dan buang yang keruh. - CARI
|