View: 8453|Reply: 72
|
"Asyik Panggil Juara GV Je,"-Hairie Kool Hidup Susah, Bengang Astro Tak Bagi Job
[Copy link]
|
|
Saya memang kecewa dengan Astro apabila tak dipanggil terbabit dengan program mereka
"Kalau asyik panggil juara Gegar Vaganza (GV) sahaja, mereka dah tentu juara dan ada kerja (show). Pada yang bukan juara, mereka tiada kerja dan akhirnya balik ke takuk lama."
Demikian kata anggota kumpulan Kool, Hairie mengulas kesukaran hidup yang dilaluinya sekarang.
Peserta GV musim keenam (GV 6) bersama Riot pada 2019 itu berkata, mereka sememangnya mengharap sesuatu yang baharu dalam karier apabila menyertai GV.
Hairie (kanan) ketika menyertai Gegar Vaganza bersama Riot
"Tapi Astro tak panggil kami kecuali selepas GV6. Apa akan jadi pada kami? Kalau diberi peluang kami bersedia untuk terbabit dengan program mereka.
"Kadang-kadang saya terfikir nak tampil solo pula dalam GV kalau diberi peluang. Saya nak buktikan kemampuan menyanyi solo pula," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kerjasama Smart Bio Group & Karyawan/ Koperasi Karyawan di Bayang Coffee Co, Taman Tun Dr Ismail, hari ini.
Kekesalan Hairie bertambah apabila dua single yang dihasilkan menerusi syarikat Wake The Baby tidak dipromosikan sebaiknya.
"Kami ikat kontrak dengan Ajai pada 2019 selepas GV dan rakam lagu Hello ciptaan Ajai dan Ingat ciptaan Helen Yap, manakala edaran pula oleh Universal Music.
"Lagu Hello sudah dikeluarkan pada Julai tahun lalu langsung tiada promosi kecuali hanya di media sosial.
"Saya tanya maklum balas pada penyampai radio RTM dan mereka kata lagu tiada pun dalam rakam khanah.
"Kiranya ia tak sampai lagi kerana sepatutnya hantar rakam khanah dulu. Sudah diluluskan baru boleh siar," katanya.
Menurutnya, dia kecewa kerana sudahlah tiada kerja akibat pandemik Covid-19 sebelum ini, bila keluar lagu baru tiada apa-apa yang berlaku.
"Tiada publisiti, tiada promosi dan tak keluar radio. Kami amat berharap lagu ini dimainkan kerana dari situ kami akan dapat show.
"Kalau tak promosi, tak keluar di radio bagaimana nak cari makan. Persetujuan kami ialah rakaman nyanyian berdasarkan bayaran dan hanya bergantung pada royalti.
"Kalau lagu tak dipromosikan macamana kami nak dapat royalti? Saya perlu ada pendapatan untuk dua anak yang masih sekolah," katanya.
Hairie yang sebelum ini bekerja sebagai jurujual kereta, berharap ada pihak prihatin menawarkan mereka peluang menyanyi.
"Kami tak harapkan sumbangan tapi berilah pekerjaan. Kami masih nak berkarya dan tiada hasrat nak berhenti menyanyi," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Astro ni ntah apa2......sbb dia habis android tv dah tak boleh nak beli
|
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 4-4-2022 02:36 PM
Astro ni ntah apa2......sbb dia habis android tv dah tak boleh nak beli
Nape
Astro sekat org beli android TV ke
Acik skang semua android TV, dah lama terminate astro |
|
|
|
|
|
|
|
bila retis merengek untuk sesuap nasi.
Jangan jadi retis .... pegi lah jadi security guard ke atau pak ostad ke , sekarang jadi ostad tak perlu kelulusan |
|
|
|
|
|
|
|
Cliff Umar juara GV tu ada job ke?
Ayai pun banyak job ke?
Macam tak pernah nampak je.
Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
iyeee acik....kan cina yg jual android tv to masuk penjara.....astro kata android tv ni tayang citer cetak rompak....langgar akta apa ntah
so saya ni jenis lambat sikit.....dah banned baru nak cari sbb tumpang rumah kawan hari tu...dia pasang SVICloud tu....mcm best je...so teringin nak beli satu....tetiba gi low yatt....tak de,......pasar pudu tak de....shopping2 mall tak de.....kat pasar pudu kalau nak tanya kena bisik2....sbb takut orang dengar.....ada la sorang kedai cina tu ada stock lama dia kata...tapi sbb jual bisik2...harga naik sikit....berjanggut jugak tunggu dia gi ambik...ntah kat ceruk mana la diarang sorok....
kalau tak dulu....ada je orang open table jual android tv box ni
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai ni jenih tuding jari salahkan org lain je ni. kena sedar diri la acik jadi retis mmg ini la lumrah..dah habis zaman popular kau, sapa nak panggil, kalo diorg panggil pun ko rasa org nak tgk ko lagi ke acik hairi. sbbtu retis masa tgh laku kena pandai buat duit save invest. mana nak harap job retis sampai ke tua |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cikatilia at 4-4-2022 03:39 PM
MatDeghem: bila retis merengek untuk sesuap nasi. Jangan jadi retis .... pegi lah jadi security guard ke atau pak ostad ke , sekarang jadi ostad tak perlu kelulu ...
kan.. seolah2 tu aje cara cari makan
pastu kalau tak nyanyi buat apa? korek saving la gamak kalau ada la kan sbb selalu depa hidup kayangan
and sapa nak dgr sora dia weh.. xsedap ponnn
zaman dulu2 tu maybe la laku tu pon xlama kan???
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa muda pon kau sendu oiii... Skang ni bagi free pon orang tak nak tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
harap pada nyanyi sampai kiok ke apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu lah ibu mertua ku tak suka ahli muzik |
|
|
|
|
|
|
|
cantthinkofany replied at 4-4-2022 03:03 PM
iyeee acik....kan cina yg jual android tv to masuk penjara.....astro kata android tv ni tayang cit ...
Android tv ke android box?
Android tv tu aman2 je org duk beli..
Android box kot? |
|
|
|
|
|
|
|
Kami tak harapkan sumbangan tapi berilah pekerjaan. Kami masih nak berkarya dan tiada hasrat nak berhenti menyanyi," katanya
derrr... time PKP aritu ramai juruterbang takde kerja, elok je cari rezeki cara lain dengan sanggup meniaga panas2 tepi jalan bagai. Itu org yg ade background education yg bagus tu. Hang yg semata jadi retis tak boleh nak cari rezeki tang lain kaa?
skill hang as penyanyi pun tak outstanding mana malah below par. Dah2 lerr tuh.
btw si Ajai tu pandai menasihat Iqbal DSV tu dulu kat BigStage. Ni group ni pun nyanyi sama hauk, awat siap buatkan lagu? dasar double standard. |
|
|
|
|
|
|
|
kesian jgk depa ni. habis je GV sapa yg keluar awal terus sendu balik |
|
|
|
|
|
|
|
mintakla tokram satu slot konsert online... tokram kan baru bukak bisnez nak buat konsert virtual... |
|
|
|
|
|
|
|
Persembahan kamu masa GV takda satu pun memorable, lagik nak berangan orang bayar untuk menyanyi? Sudah la vokal, stamina, segala2 haus semput. |
|
|
|
|
|
|
|
salah semua orang sebab sendiri sendu ke |
|
|
|
|
|
|
|
Pegila keje mydin guardian apa yg patut..tak malunya mengemis camni |
|
|
|
|
|
|
| |
|