Menerusi Facebook Mael YY Pang, sebuah video berdurasi 16 saat memaparkan seorang penyanyi berpakaian serba putih dan memakai serban sedang menyampaikan sebuah lagu hip hop dalam bahasa Inggeris.
Persembahan penyanyi itu turut diiringi dengan kerdipan lampu warna-warni itu mendapat reaksi kurang senang daripada barisan tetamu dan jemputan khas dipercayai daripada kalangan agamawan yang sedang duduk di bahagian pentas.
Menerima kritikan ramai, dalam majlis membabitkan agama seorang penyanyi tidak sepatutnya menyampaikan lagu sedemikian. Walaupun bergelar penghibur, adalah lebih baik sekiranya penyanyi tersebut melantunkan selawat atau qasidah.
Hasil carian mendapati, video pada majlis berkenaan dimuat naik oleh Waris di Instagram pada 14 November 2021. Menerusi kapsyen, dia mendapat jemputan untuk membuat persembahan di Masjid Ibnu Khaldun bersempena dengan Maulud Nabi.
Bagaimanapun, tidak ada maklumat lanjut mengenai insiden terbabit. Namun, video itu kini sedang tular di media sosial serta mendapat kritikan negatif daripada netizen.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Muzzammil Alias yang berusia 34 tahun itu terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted dan Gadis Jolobu duet bersama Datuk Hattan.
Menerusi laporan Mstar pada Januari 2021, Waris lama menyepi dari dunia seni kerana menyedari tidak ada permintaan dan sambutan daripada pendengar. -CARI
Post time 1-4-2022 09:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nilah bahana konon2 Artis Dan agamawan bergabung meletop pom pom..dulu2, agamawan dihormati krn ketegasan tp lembut DLM menyampaikn ilmu.. sekarang konon2 NK tarik perhatian org terutama Artis, JD berlemah lembut sgt smp seolah2 dipijak2 oleh artis2 ni..dulu NK berkelakuan krg elok dpn org yg alim ni, punya segan..rs tebal muka.. sekarang mn2 Majlis, bila ltk Artis n ustaz/ustazah..automatik nmpk MCM sekadar tempelan je org so called agamawan ni...tahla labu...abugittt...
Post time 3-4-2022 12:01 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Apo kono dia ni? Gila isim? Ujung2 kang ngaku gila isim. Benda basic mcm ni takkan kau tak boleh pikir? Orang lain duduk dia berdiri tu dah satu benda takda adab. Pakai kasut baju tak sesuai nak pegi majlis ilmu. Organizer salah tapi kalau kau dah sampai situ takleh nak pikir sendiri ke rasa tak sedap hati tak payah la teruskan. Ckp je kensel sebab ada masalah lagu ke apa ke. Ko duduk diam je situ dengar ilmu sudah. Ini tak, ko pun sama bebai. Kan dah beleteq ni. iol rengsa sungguh la pasaipa byk orang bebai skang ni