CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1299|Reply: 10

China Tangguh Nak Serang Taiwan?

[Copy link]
Post time 1-4-2022 09:47 AM | Show all posts |Read mode
BEIJING: China didakwa menangguhkan semua rancangan pencerobohannya yang berpotensi ke atas Taiwan untuk sekurang-kurangnya empat tahun.


Lapor Daily Mail, dakwaan itu dibuat oleh Ketua biro perisikan Taiwan, Chen Ming-tong susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.


Katanya, Presiden Xi Jinping kini akan menganalisis kegagalan rakan sejawatnya, Vladimir Putin sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas wilayah separa autonomi itu.


Menurut Ming-tong, Beijing tidak akan melancarkan serangan terhadap Taiwan sehingga tempoh pemerintahan Presiden, Tsai Ing-wen berakhir pada 2026.




Foto:AFP




“Pengajaran untuk China daripada krisis Ukraine-Rusia adalah negara itu tidak harus melancarkan peperangan dengan sesuka hati.


“Beijing kini akan mengkaji kelemahan Rusia dan menambah baik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).


“Sekiranya negara itu melancarkan peperangan maka ia akan menjadi serangan menyeluruh. Justeru, Taiwan harus menilai niat Beijing dengan skop kemungkinan yang luas,” katanya kepada Times.


Susulan insiden pencerobohan di Ukraine, Taiwan menegaskan akan melanjutkan perkhidmatan ketenteraan melebihi empat bulan dalam usaha memperkukuhkan lagi pertahanannya.


Ancaman China ke atas Taiwan semakin memuncak selama bertahun-tahun.


Dua negara itu ditadbir secara berasingan sejak Nasionalis berundur ke Taiwan pada akhir perang saudara China, 1949.


Taiwan kini merupakan sebuah negara demokrasi yang berkembang pesat namun Parti Komunis China (PKC) yang memerintah di tanah besar itu menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.


Ketika ini hubungan antara Taipei dan Beijing suram sejak beberapa dekad lalu.


Taiwan berdepan tekanan ketenteraan dan politik untuk menerima pemerintahan China.


PUTIN TUNTUT MENYERAH


Dalam perkembangan berkaitan, Putin menegaskan serangan ke atas bandar Mariupol hanya akan berakhir apabila tentera Ukraine menyerah diri.


Menurut Kremlin dalam kenyataan, Putin memaklumkan perkara itu menerusi panggilan telefon dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.


Namun, pegawai Perancis mendakwa pemimpin Rusia bersetuju untuk mempertimbangkan rancangan memindahkan orang awam dari bandar tersebut.


Rusia mencadangkan melaksanakan gencatan senjata selama sehari pada Khamis.


Kementerian Pertahanan memaklumkan gencatan senjata akan bermula pada pukul 10 pagi (waktu tempatan) bagi membolehkan penduduk melakukan perjalanan arah barat ke Zaporizhzhia melalui pelabuhan Berdyansk yang dikawal oleh Rusia. –CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2022 04:34 PM | Show all posts
“Pengajaran untuk China daripada krisis Ukraine-Rusia adalah negara itu tidak harus melancarkan peperangan dengan sesuka hati.

“Beijing kini akan mengkaji kelemahan Rusia dan menambah baik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).

“Sekiranya negara itu melancarkan peperangan maka ia akan menjadi serangan menyeluruh. Justeru, Taiwan harus menilai niat Beijing dengan skop kemungkinan yang luas,” katanya kepada Times.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:50 PM | Show all posts
taiwan tu kecik aje, bila2 masa China boleh bedil. Cuma banyak faktor lain dia kena consider mcm negara yang sokong dan anti dengan serangan ni, long term, etc.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah tgk satu documentary, masa kuomintang kalah mereka bawa lari khazanah dinasti qing dan dynasty sblmya ke Taiwan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuklear jangan tak nuklear!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2022 11:53 PM | Show all posts
hyie: taiwan tu kecik aje, bila2 masa China boleh bedil. Cuma banyak faktor lain dia kena consider mcm negara yang sokong dan anti dengan serangan ni, long  ...
China dah hidu strategi U.S  

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-4-2022 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi aku rasa taiwan mmg berani. Sbb aku penah baca Taiwan ni sbnrnye bukan negara sbb diorg masih belum diiktiraf UN lg. Sbb tu ratu cantik diorg kene bertanding atas nama Chinese Taipei.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 1-4-2022 05:59 PM
Iols pernah tgk satu documentary, masa kuomintang kalah mereka bawa lari khazanah dinasti qing dan d ...

Dan taiwanese lg cantik2 dr china tanah besar....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bleh percaya ke berita mcm ni? Mula2 dulu putin pun kata xde niat nak serang Ukraine. Pada pendpt i la anything is possible.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Whiner badak tokei Taiwanis tersenyum sinis peranh atau tak, tehtaplah dpt award the best taiwanese dessert in malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Boba bubbletea Chatime tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.112954 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list