Kecoh di Twitter apabila ada pengguna menghentam pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202203/31/233349n0qmqi4eazm4z35e.jpg) Kredit foto: YouTube/Google
Ia difahamkan susulan dakwaannya dalam salah satu ceramah yang mencetuskan kontroversi berhubung pergerakan bumi.
Kata Ustaz Kazim, bumi sebenarnya tidak bergerak dan berada dalam keadaan pegun sebaliknya yang bergerak mengelilingi bumi adalah matahari dan bulan.
Kredit video: YouTube
Ekoran kenyataannya itu, ramai yang keliru kerana bercanggah dengan apa yang telah dipelajari selama ini sejak di bangku sekolah.
Pun begitu, ramai juga mempertahankan Ustaz Kazim dan memilih untuk bersangka baik menganggap apa yang diungkapkannya itu hanyalah dari sudut pandangannya sahaja. - CARI |