View: 1344|Reply: 0
|
Kemampuan bakat muda tempatan terserlah
[Copy link]
|
|
Kemampuan bakat muda tempatan terserlah
Kenderaan ketenteraan keluaran Cendana Auto Sdn Bhd dipamerkan dalam DSA. Semua empat varian kenderaan dipamerkan adalah ciptaan dan hasil tangan sepenuhnya rakyat Malaysia. - foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jika dilihat dari luaran dan dalaman kenderaan ketenteraan milik Cendana Auto Sdn Bhd (Cendana Auto) pasti ramai menyangka ia buatan antarabangsa.
Namun, semua empat varian kenderaan dipamerkan syarikat itu pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Perkhidmatan Keselamatan Kebangsaan (NASTEC) Asia 2022, adalah ciptaan dan hasil tangan sepenuhnya rakyat Malaysia.
Lebih membanggakan, kenderaan ketenteraan itu menggunakan kepakaran bakat muda lulusan pusat kemahiran tempatan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran MARA (IKM).
Pengarah Cendana Auto, Abdul Rauf Nassiruddin, berkata produk syarikat membuktikan bahawa ciptaan anak muda tempatan setanding dengan produk antarabangsa yang lain.
"Bemula dari mereka bentuk, pembuatan dan pemasangan, semuanya dilakukan di kilang kami di Semenyih, Selangor. Ia 100 peratus buatan tempatan.
"Di samping itu, kita memberi peluang kepada anak muda untuk melakukan inovasi sekali gus mampu membuktikan graduan IKBN dan IKM ini berkemampuan tinggi menghasilkan produk yang terbaik sebaris syarikat negara luar, " katanya.
Antara kenderaan keluaran Cendana Auto Sdn Bhd yang direka kakitangannya lulusan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran MARA (IKM). - fotoBERNAMA
Empat varian kenderaan tentera dibina syarikatnya ialah jenis Fitted For Radio (FFR), Armed Tactical Ground Vehicle atauKenderaan Pembawa Senjata (ARTAC), Ground Tactical Mortar Transporter atau Kenderaan Pembawa Mortar (MT-8150) dan Special Operation Vehicle atauKenderaan Operasi Khas(SF-21X).
"Semua kenderaan ini telah menerima tempahan daripada Tentera Darat Malaysia (TD), bagi varian FFR sebanyak 70 unit dengan 40 unit bagi kegunaan semboyan dan 30 lagi untuk kegunaan anggota tentera kita yang berkhidmat dalam misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan.
"Selain itu, bagi varian Kenderaan Pembawa Mortar MT-8150 sebanyak 48 unit akan dibekalkan. Daripada jumlah itu, 24 telah diserahkan kepada TD manakala selebihnya masih dalam proses pembinaan," katanya.
Beliau berkata kenderaan MT-8150 ini mampu membawa 70 butir peluru mortar jenis 81mm dan enam anggota bagi menjayakan sesebuah misi.
ARTAC mampu membawa beberapa jenis senjata termasuk Automatic Grenade Launcher (AGL), Heavy Machine Gun 12.7mm serta Anti-Tank Guided Missile (ATGM) daripada jenis 'Metis-M'.
"Sebanyak 49 unit akan dihantar secara berperingkat kepada TD selepas ia melalui pelbagai proses ujian kemampuan bagi memastikan setiap yang dibina mengikut spesifikasi ditetapkan," katanya.
Sementara kenderaan SF-21X katanya, dibina khas adalah untuk kegunaan anggota Grup Gerak Khas (GGK) bagi melaksanakan operasi.
"Kenderaan SF-21X ini dilengkapi pelindung letupan di bahagian enjin dan tangki minyak, pelancar Bom Tangan Automatik, dan mesingan tempur. Selain itu SF-21X ini boleh membawa enam anggota dan mampu menangkis letupan periuk api," katanya. – BERNAMA
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -tempatan-terserlah
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|