View: 1157|Reply: 2
|
Hyun Bin dan Son Ye-jin kahwin hari ini
[Copy link]
|
|

Seoul: Pelakon Hyun Bin, 39, dan Son Ye-jin, 40, melangsungkan perkahwinan hari ini dalam upacara tertutup di Grand Walkerhill, di sini.
Hari bahagia bintang utama drama Crash Landing On You (CLOY) itu cuma dihadiri ibu bapa mereka, saudara dan rakan terdekat.
Rakan karib Hyun, Jang Dong-gun dilaporkan turut memberi ucapan meraikan pasangan itu. Bagaimanapun, butiran lain mengenai upacara dirahsiakan.
Pasangan terbabit mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan lalu.
Cinta mereka bersemi sejak Mac 2020 dan pernah bergandingan beberapa kali menerusi filem The Negotiation pada 2018 dan CLOY (2019-2020).
Hyun mula mencipta nama sejak 2003 menerusi sitkom Nonstop 4. Kemudian, dia menjadi kegilaan ramai selepas menjayakan siri My Lovely Sam-soon dan Secret Garden.
Son pula mencipta nama selepas membintangi filem Lover's Concerto dan The Classic. Dia turut popular menerusi filem A Moment to Remember.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni baru lah betul2 Crash Landing On You.. cinta lokasi katanya! tahniah to both! |
|
|
|
|
|
|
| |
|