CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1746|Reply: 12

Hafidz Roshdi Okey Saja Tak Jadi Hero Drama

[Copy link]
Post time 30-3-2022 11:50 AM | Show all posts |Read mode


Suatu ketika dahulu, pelakon Hafidz Roshdi antara aktor yang menjadi pilihan penerbit untuk memegang watak utama dalam sesebuah karya sama ada drama atau telefilem.


Pun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namanya seakan sepi dari dunia seni. Apatah lagi dengan kehadiran pelakon baharu, dia seakan tenggelam sedangkan aktor berkenaan pernah mengecap puncak populariti.


Menurut Mstar, pemilik nama sebenar Muhammad Hafidz Roshdi itu sama sekali tidak kisah walaupun hanya diberikan watak pembantu. Pemuda berusia 28 tahun itu tetap bersyukur rezeki dalam bidang lakonan masih ada.


  



Bagi Hafidz, dia seronok memegang melakonkan watak pembantu kerana berpeluang untuk meneroka dan mencuba pelbagai karakter yang tidak pernah dilakonkan sebelum ini.


"Keutamaan saya pada masa ini bukan lagi menjadi hero drama. Saya bersyukur kerana rezeki untuk berlakon masih ada walau pun hanya sekadar watak sampingan sahaja.


"Watak pembantu pun tetap memberikan cabaran tersendiri. Ia juga memberikan peluang untuk mendalami lebih banyak karakter," katanya.



  



Tambahnya lagi, mungkin kerana terlalu kerap membawakan watak pembantu membuatkan penonton tidak menyedari kehadirannya dalam industri hingga ada yang beranggapan Hafidz berehat dari dunia seni.


Hakikatnya, banyak drama membabitkannya yang sudah ditayangkan. Dia juga bakal tampil berganding dengan Nad Zainal menerusi drama Harith Fayyadh.  - CARI



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 01:12 PM | Show all posts
Bagi meolss dia ni kena ada alter ego dan sedikit classy.. baru up.. ni gamabr asyik sengeh jer mana maunyer dekk
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya ampunnn i lupa kewujudan heols lepas kahwin terus malap.

P/s : tlg jgn upload wife heols
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 30-3-2022 01:36 PM
Ya ampunnn i lupa kewujudan heols  lepas kahwin terus malap.

P/s : tlg jgn upload wife heols

Iols baca nama heols terus terfikir benda sama
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 04:32 PM | Show all posts
langsung tak relevan jadi jgn lah ada hati jd hero...ada job pon dah kira baik dek
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 04:32 PM | Show all posts
langsung tak relevan jadi jgn lah ada hati jd hero...ada job pon dah kira baik dek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-3-2022 04:32 PM | Show all posts
langsung tak relevan jadi jgn lah ada hati jd hero...ada job pon dah kira baik dek
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kne bina badan n angkat anak dara org kot..
Drp bg si zul tua bangka dgn heroin awal 20an xsesuai sgt..
Byk je hero lain lg layak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 05:03 PM | Show all posts
KamikuP replied at 30-3-2022 01:12 PM
Bagi meolss dia ni kena ada alter ego dan sedikit classy.. baru up.. ni gamabr asyik sengeh jer mana ...

lakonan..i tengok besye2 je
knp kalau berlakon, berckp, nak besar2kan mata?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:08 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 30-3-2022 09:03 AM
lakonan..i tengok besye2 je
knp kalau berlakon, berckp, nak besar2kan mata?

Haah le cuolss.. dia suka jegil2 mata tapi mata dia sebelah beso sebelah kecik kan?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 05:34 PM | Show all posts
KamikuP replied at 30-3-2022 05:08 PM
Haah le cuolss.. dia suka jegil2 mata tapi mata dia sebelah beso sebelah kecik kan?

tak menahan
mmg betul
sebelah besar, sebelah kecil
tak kira la peranan apa pun
cam tu la aksinya

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 08:29 AM | Show all posts
rupa n bakat dia okay jugak..tapi kawen cepat pastu dapat bini sejenis insecure...mereput jelah dik
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem beliau ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 11:54 PM GMT+8 , Processed in 0.197230 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list