CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2977|Reply: 20

Fazura Enggan Lakon Watak Wanita Terbabit Cinta Tiga Segi, Rebut Jantan

[Copy link]
Post time 28-3-2022 12:18 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon jelita, Nur Fazura kini semakin rancak menguruskan perniagaan tudungnya yang semakin berkembang maju. Masih menerima tawaran berlakon, aktres itu bagaimanapun mendedahkan masih belum ada watak yang berjaya menambat hatinya.


Memetik laporan Kosmo, status sebagai isteri dan ibu membuatkan dia berhati-hati dan meletakkan syarat untuk setiap watak yang bakal dilakonkannya selepas ini.


"Saya memang rindu berlakon tetapi belum ada tawaran yang berjaya menambat hati. Tambahan pula ketika ini saya seronok menguruskan perniagaan.


  



"Banyak drama yang saya dapat berlatar belakangkan cerita cinta tiga segi dan ada adegan berebut lelaki. Bagi saya, babak sebegitu tidak ada manfaat pun.


"Ada banyak juga tawaran yang datang tapi saya tidak mahu lagi lakonankan watak yang terperangkap dalam situasi sebegitu. Sebagai wanita tak perlu buat begitu pun," katanya.


Bagaimanapun, Fazura menyedari dan akur masih banyak penonton yang teruja dan tertarik untuk mengikuti drama memaparkan kisah cinta sebegitu kerana jalan cerita yang diketengahkan agak ringan.


  



Namun, secara peribadi, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu mahu keluar daripada karakter yang kerap dilakonkannya sebelum ini.


Fazura turut berkongsi berita dia bakal tampil dalam sebuah drama Islamik memaparkan cerita mengenai usaha memartabatkan hak kaum wanita, karakter yang sudah lama diidamkannya. -CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok lah juga toksah lakon watak mcm ni esp bila dh kahwin..
kadang takot terkenan kat sendiri.. mcm BCL itu .. lagu2 dia semua sedih.. pastu ada lirik lagu pasal suami mati ke apa.. langsung jadi betul2 kat sendirik..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:25 PM | Show all posts
langkah kaka fazz tu betul. penat nya nak tgk berebut jantan. rasa mcm x berkembang otak tgk drama melayu yg sinopsis mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde plak dorg nk bt watak laki kejar perempuan bagus2..asik perempuan jelaaa nk kena kejar laki kepam2 xcukup sel otak tu..

Hujung2 teraniaya tertindas
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun  setuju, dh jd bini org x best pulak watak cinta2, jd rebutan. Tp skrip Msia ni x berkembang, tu jela jln citer nya. Terpaksa amek cth korean drama jgk. Klu ada skrip mcm Sky Castle ke ( mak2 bersaing nk tunjuk anak2 pandai ke),citer polis ( voice) ( citer juvenile ke yg hye soo tu ke) - rs x libat cinta2 sgt. klu ada penulis skrip pandai olah, amek je idea psl Religion Cult kt Msia ni. Olah jd mcm Voice 4 tu ke.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurm, dahlama taklayan cerita Melayu. Tajuk je lain. Jalan cerita tehtopla sama. Baik layan filem2 klasik. Btw, bagusla pendirian kakaFaz utk tak ambil watak mcm tu. You have your own standard. Aaa gitchuu. Biar je pelakon kayu buat kerja utk drama ringan gitu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2022 04:55 PM | Show all posts
drama melayu tak kira la adaptasi novel ka apa ka... yg selalu jd trending aku tengok mesti cerita rebut2 lelaki..berdengki2.. madu bergaduh..mak mertua tak suka.. mak mertua jd boss rumah laki takut kat mak terkemut2 bior bini kena maki hamun sbb miskin...itu lah dari dulu smpi sekarang.  kiranya cerita ala2 life  keluarga Papa Megah Holdings ni mmg no ending... sampai 7 keturunan...

Drama yg aku follow aku suka 2021/2022  Poject SPM, Jgn Ganggu Jodohku, Scammer & drama yg Sheril Merlis jd mak saiko tu .. tak ingat tajuk... sbb drama2 ni lari dr kebiasaan  drama melayu... tp tak der la trending sbb makcik2 bawang tak suka citer mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
twins replied at 29-3-2022 04:55 PM
drama melayu tak kira la adaptasi novel ka apa ka... yg selalu jd trending aku tengok mesti cerita r ...


Drama sheril merlis i-tanggang : mother of all lies kan.. best sheril berlakon dlm tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2022 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Faz jadi duta enfagrow pulak kan? Murah rezeki laki bini
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 08:00 AM | Show all posts
Normabaru replied at 28-3-2022 03:02 PM
Xde plak dorg nk bt watak laki kejar perempuan bagus2..asik perempuan jelaaa nk kena kejar laki kepa ...

hahahah...kan...menampakkan wanita malaysia ni hidup semata2 untuk jantan jer..paling tak leh blah..kalau adaptasi novel..biar celaka mana pon perangai suami..hujung2 mesti isteri terima balik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2022 09:02 AM | Show all posts
bagus faz..takyah la bawak watak mcm tu..mcm lapar jantan nau kan..
aku suka watak faz dlm filem pontianak tu.. mmg cantik klasik tul muka dia dlm citer tu..

Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:08 AM | Show all posts
fadz84 replied at 29-3-2022 06:27 PM
Drama sheril merlis i-tanggang : mother of all lies kan.. best sheril berlakon dlm tu..

yer yer i-tanggang..... giler best drama ni...
memang lain dari yg lain... tak payah rebut2 harta papa megah holdings
tak payah pasal kawin paksa sbb nak besor kan bisnes...
harap sangat ada lagi drama-drama mcm ni yg lain dari kebiasaan ...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa I rasa thread ni dah pernah ada tahun lepas??
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
https://b.cari.com.my//forum.php?mod=viewthread&tid=1247629&extra=

TOLD YA!
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa kakafaz tak mau jadi director filem eh?
dia kan suka buat something dr orang expect.
so iols bet kalau dia jadi director, mesti dia boleh
keluarkan jln cita yang lain dari lain..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib lah sheols fazura..bolehla demand watak apa nak...

Kalau sheols fara mendoza..watak pondan pun sheols sapu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak mcm tu pun dah x seiring usia
Bbnu boleh la berlakon rebut jantan
Dah dekat 40, kisah rebut anak jer la....
Cerita malaysia pun x berapa berkembang
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 04:23 PM | Show all posts
tobobon replied at 31-3-2022 12:02 PM
Nasib lah sheols fazura..bolehla demand watak apa nak...

Kalau sheols fara mendoza..watak pondan pu ...

hahaha berdekah iols gelak
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tengok Fazura bawak watak pembunuh gila ka, pompuan psiko ka.

Dan nak tengok dia berlakon dengan Bell Ngasri. Bawak watak method acting.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sambaldurian replied at 28-3-2022 07:13 PM
Aku pun  setuju, dh jd bini org x best pulak watak cinta2, jd rebutan. Tp skrip Msia ni x berkembang ...

Juvenile tu best giler aku tgok satu hari je marathon abis.... Ni aku bru habis tgok citer Once Again amik kau 50 episode tapi best jgak kisah mak bapak kena hadap life ank2 yg kwen cerai lpas menyusah kan mak bapak hahaha..... Entah lah drama kat Malaysia ni nj tgok pun xde mood ..mcm citer terbaru yg adaptasi citer Philippines tu ..fasha n nad berlakon tu dendam seorang isteri bagi aku naskah tu dh lapok ...ni aku tgh tggu yusri KRU siap remake drama korea she was pretty ... Best gak citer tu hihihi...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 104331 Replies : 4684
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33112 Replies : 77
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41860 Replies : 81
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 27010 Replies : 6
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 3910 Replies : 4
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104502 Replies : 5759
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105247 Replies : 1660
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9719 Replies : 79
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14260 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.563550 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list