|
Sarat hamil anak kedua, pelakon Elfira Loy dikejarkan ke hospital selepas Sabtu lalu gara-gara tahap kesihatannya yang menurun.
Menerusi IG Story, pelakon berusia 28 tahun itu memaklumkan dia pada mulanya menyangka hanya penat biasa sedangkan tubuhnya sudah terlalu letih kerana kurang rehat.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan dilakukan, Elfira bukan hanya mengalami dehidrasi tetapi juga jangkitan kuman dan gastrik.
"Ayat 'saya kuat, saya boleh lakukan' dah tak boleh digunakan lagi. Ingatkan penat biasa-biasa sebab kerja banyak sangat. Rupanya saya mengalami dehidrasi, ada infection dan gastrik.
"Saya terpaksa batalkan kerja hosting sebab nak rehat sebelum kembali bekerja," katanya.
Sementara itu, Elfira turut berkongsi keadaan anaknya, Muhammad Rayyan Khalaf yang mengalami jangkitan kuman pada paru-parunya atau pneumonia.
"Masalah pneumonia ini adalah perkara biasa kalau terdedah pada persekitaran baharu, bersekolah, bercuti atau di tempat yang sesak.
"Mungkin perlu break sekejap dari sekolah, bercuti, tempat ramai orang dan kolam," tulisnya.
Sementara itu, menerusi IG Story, wanita berusia 28 tahun itu beransur pulih dan berkongsi paparan persiapannya ke lapangan terbang. -CARI
|
|