CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 903|Reply: 3

Dayana Rozana Cemas, Anak Sembelit Dan Najis Berdarah

[Copy link]
Post time 28-3-2022 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Dayana Roza berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya iaitu Astrid Raheeya berdepan masalah kesukaran untuk membuang air besar dan adakalanya mengalami pendarahan.


Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Dayana memberitahu biarpun sudah menukar permakanan namun anaknya yang kini berusia sembilan bulan masih berdepan masalah yang sama sejak seminggu lalu.


Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan bahawa perut anaknya sudah dipenuhi dengan najis yang tersekat sehingga usus atas.


Foto: IG




"Dah seminggu lebih @astridraheeya poopoo (buang air besar) keras dan kadang-kadang berdarah. Setiap kali poop mesti dia menangis. Dah tukar diet dia ke high fiber fruits dan veggies pun sama.


"Hari Rabu, lepas habis shooting umi call beritahu Astrid masih menangis waktu poop. Jadi bawa dia pergi hospital untuk check. Memang dah plan kalau tak okay juga nak tukar susu tapi nak minta pendapat doktor dulu.


"Tiba-tiba doktor cakap perut dia dah keras dan kena x-ray, bila result keluar rupa-rupanya poop Astrid dah penuh dan block sampai usus atas," katanya.


  



Berkongsi lebih lanjut, pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini memberitahu anaknya terpaksa ditahan wad untuk menjalani rawatan ujian darah.


"Doktor cakap kena warded for blood test, masuk drip dan flush poop dia. Ada kes yang teruk sampai baby kena operate sebab dah flush pun tak keluar habis.


"Saya terus seram sejuk dengar dan doa harap selepas flush terus okay. Tak nak sampai operate, tak sanggup," kongsi Dayana.




  



Selain itu, anaknya juga mengalami bintik-bintik disebabkan alahan ubat antibiotik yang diberikan.


Lebih pilu bayi itu mengalami trauma setiap kali diperiksa jururawat.


"Ketika kena suntik tangan dia untuk drip tu rasa hancur sangat hati tengok dia menangis. Hasil keputusan ujian darah pula, memang dah mula ada infection dan setiap hari kena suntik antibiotik.


"Lepas itu, Astrid ada alahan pula dengan antibiotik tu naik merah macam kena gigit pepijat kat badan dia. Tapi dah okay lepas tukar ubat.


"Dalam sehari tak tahulah berapa kali Astrid menangis kat hospital, dia trauma nampak nurse masuk, menangis merengek saja sebab perut tak selesa kot lepas kena flush. Tidur pun tak cukup macam kat rumah," ujarnya.




  



Bagaimanapun, Dayana melahirkan rasa syukur apabila keadaannya semakin stabil dan proses pencernaannya berjalan lancar selepas rawatan.


Untuk rekod, Dayana melahirkan anak perempuannya pada julai tahun lalu dalam keadaan pramatang atau tidak cukup bulan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 12:26 PM | Show all posts
senang jadi reputz la ni..
korek modal kat socmed retis jer..
if dah takde cite sangat, cite pasal tahik anak pon jadi..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 03:39 PM | Show all posts
Comei nya anak diaa
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dibiarkan sampai seminggu lebih baru nak bertindak bersungguh2. Kesian baby.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.034956 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list