CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2101|Reply: 12

Azlee Khairi Buat Majlis Resepsi Selepas Setahun Nikah, Syukur Dapat Isteri Memahami

[Copy link]
Post time 26-3-2022 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Mengotakan janji, pelakon Azlee Khairi dan isteri, Nurul Hidayah atau Dhiya menganjurkan majlis resepsi selepas setahun bernikah di sebuah premis acara di sini, pada 18 Mac lalu.


Azlee yang kembali diperkatakan peminat selepas muncul dalam drama Seadanya Aku dan Rahimah Tanpa Rahim, sebelum ini membuat kejutan dengan mengesahkan mereka sudah bernikah, awal tahun lalu.


Foto: IG




Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak lelaki yang kini berusia enam bulan. Ini adalah perkahwinan kedua buat Azlee dan Dhiya.


Dalam perkahwinan lalu, Dhiya dikurniakan dua cahaya mata.


Enggan menoleh ke belakang, Azlee mahu membina hidup baharu bersama Dhiya.




  



"erkara lepas biarlah berlalu. Kami tidak mahu ungkit atau bercerita lagi. Kami hendak pandang ke depan membina kebahagiaan baharu.


"Syukur kepada Allah. Buat kali pertama, kami berkumpul semula bersama keluarga dalam majlis resepsi ini... Doa yang terbaik untuk kami," katanya kepada BH Online.


Azlee atau nama penuh, Azlee Khairi Zulah Hainee bersyukur dikurniakan isteri yang sangat memahami.




  



"Dia sentiasa menjadi tulang belakang dan pembakar semangat saya untuk bekerja.


"Dhiya sangat memahami dan boleh terima jenis kerja saya. Biasalah kerja seni, kadang-kadang berlanjutan hingga lewat malam. Mereka yang tidak memahami, mungkin akan jadi isu.


"Kadang-kadang waktu bekerja lebih banyak berbanding masa bersama keluarga. Sebab itulah, apabila ada masa terluang, saya akan habiskan masa berkualiti dengan isteri dan anak," katanya.




  



Mengulas keperibadian isteri, Azlee menyifatkan Dhiya ibu yang bertanggungjawab.


"Selama mengenali isteri, dia ada ciri wanita yang bagi saya antara terbaik.


"Dhiya ibu yang baik dan boleh menjaga rumah tangga dan keselesaan kami. Malah, kami serasi persis ada kuasa telepati.


"Sebagai contoh, kalau ada perkara Dhiya fikir, saya pun terlintas perkara sama. Kadang-kadang apabila kami bercakap terpacul ayat sama," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia ni mcm rupa wife Sufi Rashid AF tu kan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira dah settleah ek kes wife dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2022 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan ayda jebat tadi
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kedesaan wifenya. Btw kes bini dia ni dh setel ke. Masih ckp dh kawin setahun lepas ye
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka laki bini seiras betul
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-3-2022 02:16 PM | Show all posts
so apa status anak tu sebenarnya? anak kandung kau ke atau anak bekas laki heshe?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Desa nya dua dua. Sesuai. Dgn kontroversi lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat btul dorg ni..kontroversi senyap cmtu je..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Hrmm,,, apa lah jadi dgn kes laki bini ni???
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
KarinaKapur replied at 27-3-2022 03:46 PM
Dasyat btul dorg ni..kontroversi senyap cmtu je..

Nak buat apa dek kalau ada controversi pun.. ala ala move on je lah.. kasihan juga mereka berdua sbb yang pecah lobang adalah ex ipar.. ikutkan seboleh boleh nya semua orang nak cover line.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow!! Mcm mana boleh jadi love at the first sight?
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar sipi sipi hari tu lawa, tengok ni biasa pula. Selamat berbahagia la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.050866 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list