CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 472|Reply: 0

[Borneo] Angin kencang, hujan lebat dan ribut petir di perairan – MetMalaysia

[Copy link]
Post time 26-3-2022 12:20 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR : Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang, hujan lebat dan ribut petir, berkuat kuasa hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan bagi perairan Malaysia ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan negeri Perlis, Kedah, Selangor, Pahang, Sarawak Barat dan Sabah Timur sehingga jam 1 tengah hari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (km/j) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

“Bagi aktiviti perkapalan pula amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, timur laut Samui, Sulu sehingga jam 1 tengah hari.

Menurut METMalaysia, keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter serta berbahaya kepada bot kecil.

“Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.mydan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.


sabahmedia.com/2022/03/25

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.118101 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list