Penyanyi rap Zynakal naik angin selepas mengetahui wang dengan jumlah RM122, 100.84 hilang dari akaun bank dipercayai telah diambil oleh seorang individu yang dikenalinya.
Menerusi hantaran di Instagram, Zynakal sudah lama mendiamkan diri namun terpaksa bersuara kerana merasakan dirinya semakin hari semakin dipijak. Di IG Story pula, penyanyi itu mendedahkan wang bayaran royalti juga turut dikebas oleh individu berkenaan.
"Mula-mula beli jiwa lepas tu pilih kasih, banyak tabur janji, tabur baja tanam benih. Salah pilih hari, nama tak boleh bersih. Apa warna hati walau air muka jernih. Takkan sampai hati, nak cakap pun tak boleh, cincin dah di jari, rezeki dia terpilih.
"Rezeki dia 'terpilih'. Satu hari nanti, dijamin pasti pulih. Jaminan tiada tapi ku yang ambil alih," tulisnya dalam beberapa siri hantaran di IG Story. -CARI
|