CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10604|Reply: 81

Pitching Hancur, Amy Search Dikutuk Dah Tak Boleh Menyanyi Live

[Copy link]
Post time 23-3-2022 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Kritikan dan kecaman kononnya sudah tidak boleh menyanyi dengan baik sedikit pun tidak menjejaskan penyanyi rock legenda, Amy Search.


Enggan melatah dengan sindiran seperti itu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, berkata dia percaya rezekinya dalam bidang nyanyian masih ada.


Foto: IG




“Dari dahulu lagi orang sentiasa memberi komen. Saya berbesar hati menerima sebarang komen negatif yang diberikan.


“Jika komen positif saya ucapkan terima kasih.


“Hidup kita bergantung kepada Allah dan setiap rezeki itu adalah kurniaan-Nya,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.




  



Sebelum ini tular satu video yang menunjukkan Amy membuat persembahan pentas menyanyikan lagu popular, Isabella.


Menerusi ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang mengkritik vokal Amy kerana dianggap sudah tidak mampu menyanyikan lagu bernada tinggi dengan baik.


Selain itu ada juga yang mengatakan susunan muzik yang dimainkan tidak sehebat ketika Amy bersama kumpulan Search.




  



“Part piching tinggi selalu suruh audien support, duduk rumah la Amy awak dah tak boleh menyanyi.


“Key rendah pun masih tak sampai nak buat macam mana. Faktor usia ya juga.


“Vokal Amy masih boleh dimaafkan tapi sound sistem hancur gila. Macam muzik rumah orang kahwin,” tulis beberapa netizen.




  



Mengulas tentang hal tersebut, Amy enggan memberi sebarang komen mengait namanya lagi dengan kemelut yang pernah melanda kumpulan legenda itu.


“Tidak perlulah saya komen tentang hal itu. Biarlah mereka nak cakap apa,” ujarnya ringkas.


Untuk rekod Amy mengumumkan keluar daripada kumpulan Search pada Mac 2020 yang mana anggota asalnya terdiri daripada Nasir selaku pemain bass, Nordin (gitar) dan Kid (gitar).


Bagaimanapun Amy kemudian kembali bergabung pula dengan Man Kidal, Hillary Ang dan juga Nasir membentuk Search baharu.




  



Mereka bakal tampil dengan dua lagu baharu berjudul Endamik 1 dan Endamik 2 dalam masa terdekat.


Bercakap tentang perjalanan seni, kata Amy dia masih menerima undangan nyanyian termasuk majlis korporat dan perkahwinan.


“Syukur rezeki saya masih berjalan seperti biasa.


“Saya masih menerima undangan nyanyian di majlis-majlis tertutup dan saya akan terus menyanyi selagi terima jemputan,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 04:59 PM | Show all posts
lek2 je amy.....peewwitttt je dorang
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua kot...mmg patutlah.klu aina abdul yg buat mcm ni lainlah
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama perati. Amy with search ok...alone tak sedap....unlike Awie sedap...suara sedap ...bukan rip in
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tok Amy ni sebaya ayah iolss. Tapi ayah iolss macam typical atok² je la. Tok Amy ni jiwa muda btul. Dgn rambut karat dia. Ayah iolss beruban je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
winky1 replied at 23-3-2022 06:07 PM
Dah lama perati. Amy with search ok...alone tak sedap....unlike Awie sedap...suara sedap ...bukan ri ...

Awie mcm rajin layan peminat buat tour sana sini. Selalu ada kemunculan compare dgn search. Ni apa yg i nmpk la. Dah 60an tiba2 nk aktif balik susah lah. Awie best berlakon pon ado. Kalau i pilih wings lg dari search
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2022 07:09 PM | Show all posts
kechikchomel replied at 23-3-2022 06:44 PM
Tok Amy ni sebaya ayah iolss. Tapi ayah iolss macam typical atok² je la. Tok Amy ni jiwa muda btul. ...

rambut beruban lg herlok daripada karatkan rambut cmtu nampak mcm soo kepam and try hard nak nampak muda
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 23-3-2022 07:09 PM
rambut beruban lg herlok daripada karatkan rambut cmtu nampak mcm soo kepam and try hard nak nampa ...

Sukurrrr la ayah iolss tak buang tebiat dress up macam tok Amy ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian TokMy. Orang2 event cakap Amy dah takleh nyanyi live, semput, kepit. Compared TokWi masih best live. Lagi 1, orang rengsa dengan Yoko Ono malaysia. Now laki Abil plak jadi manager, padahal Abil sejenis sempoi rilek2. Mak tiri dia gegehlah buat hashtag untuk Amy.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab pkp konsert awie pun tak ada...ada je memang nak pergi..dia nyanyi live tetap padu..takyah jerit2
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 23-3-2022 06:48 PM
Awie mcm rajin layan peminat buat tour sana sini. Selalu ada kemunculan compare dgn search. Ni apa ...

Awie banyak program dengan geng moto besar kot...tu la dia maintain je nyanyi berlakon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:57 PM | Show all posts
Awie chill ja... sora masih sedap.. sory la amy, lagu awie byk yg lagi best..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 23-3-2022 08:37 PM
Kesian TokMy. Orang2 event cakap Amy dah takleh nyanyi live, semput, kepit. Compared TokWi masih bes ...

Yoko Ono malaysia sapa? Bini heols ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 23-3-2022 08:57 PM
Yoko Ono malaysia sapa? Bini heols ke?

ha ah sapa? wife dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Amy ni dah dapat datok ke belum? Tokwi dah lama dapat ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
logik la, dah semakin berusia, Awie umur brapa? muda dari Amy ke? klu muda logik la Awie masih maintain, btw 2-2 ni legend, 2_2 iols suka.. masing2 dlm kelas tersendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2022 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
geli pulak menengoknya dress up perasan muda. dah mcm prince chiqy dizly..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 23-3-2022 08:57 PM
Yoko Ono malaysia sapa? Bini heols ke?

Iyalah chuolls ada forumer panggil Yoko Ono Malaysia versi bertudung. Modus Operandi cam Yoko Ono ahaks.
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Wings mmg lg best dr search. Especially vocalist.. Jauh sedap awie dr amy. Dr zamn dlu lg acik xkenan suara amy ni mcm halus tekepit sgt.. Ntah mana yg sedapnya
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2022 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 24-3-2022 12:04 AM
logik la, dah semakin berusia, Awie umur brapa? muda dari Amy ke? klu muda logik la Awie masih maint ...

Rasanya awie easily 10 years junior amy jd mmg lebih la energy tu kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 09:21 PM GMT+8 , Processed in 1.536745 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list