CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 383|Reply: 0

[Borneo] Parlimen lulus pindaan akta naikkan cuti paterniti kepada tujuh hari

[Copy link]
Post time 23-3-2022 07:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 23-3-2022 07:10 AM


Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada tiga kepada tujuh hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

“Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga. Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam," katanya.

Seramai 19 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang mengambil bahagian membahaskan rang undang-undang itu dengan kebanyakannya menyentuh isu cuti paterniti, cuti bersalin, gaji minimum serta buruh paksa.

Ahmad ketika menggulung rang undang-undang itu berkata kelayakan cuti paterniti terhad kepada lima kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri dan cuti bermula pada hari isteri bersalin manakala pekerja lelaki, antara lain, perlu bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan sama.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan pertambahan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari selaras Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

Persidangan Dewan Rakyat hari ini turut meluluskan Rang Undang-Undang Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 bagi meminda Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Rang undang-undang itu, yang dibentangkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid, diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahas 14 Ahli Parlimen.

Antara lain, rang undang-undang itu bertujuan memberi kuasa kepada pengawal, pegawai bekalan, pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada inspektor atau pegawai kastam untuk menahan tanpa waran orang yang dipercayai melakukan atau cuba melakukan kesalahan di bawah Akta 122.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

-- BERNAMA



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.064031 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list