CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Kedah] ‘Ayah saya mati, baru lubang ditampal’

[Copy link]
Post time 22-3-2022 12:39 PM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD Yusri Yahya menunjukkan gambar arwah ayahnya, Yahya Ramli yang maut selepas terjatuh kerana melanggar lubang di jalan Taman Desa Bayanmas, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Jumaat lalu. - UTUSAN/RIFAAT ABD. HAMID

KUBANG PASU: Keluarga mangsa yang maut selepas terjatuh akibat melanggar lubang di jalan Taman Desa Bayanmas, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam di sini kecewa apabila pihak bertanggungjawab lambat memperbaiki jalan yang rosak itu.

Sebaliknya, lubang kira-kira satu meter itu hanya ditampal selepas mangsa, Yahya Ramli, 63, meninggal dunia dalam kejadian tersebut pada pukul 1.45 tengah hari, Jumaat lalu.


KEADAAN lubang yang ditampal selepas seorang penunggang motosikal maut apabila terjatuh kerana melanggar lubang tersebut di jalan Taman Desa Bayanmas, Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu, Jumaat lalu. – UTUSAN/MOHD. RIFAAT ABD. HAMID

Anak mangsa, Mohammad Yusri Yahya, 29, berkata, dia difahamkan lubang tersebut berada di jalan tersebut sejak empat bulan lalu tetapi tidak dibaiki dan ditampal walaupun berbahaya kepada pengguna jalan tersebut terutama penunggang motosikal.

Malah katanya, ramai pengguna jalan tersebut merungut kerana lubang tersebut tidak dibaiki segera walaupun terdapat penunggang motosikal yang turut terjatuh sebelum ini.

“Saya amat kecewa terhadap kelalaian pihak bertanggungjawab yang tidak memperbaiki jalan berlubang itu sehingga arwah bapa saya meninggal selepas terjatuh kerana melanggar lubang di jalan itu,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Padang Satu di sini hari ini.

Mohammad Yusri yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik berkata, dia percaya lubang di jalan itu tidak akan ditampal sekiranya arwah ayahnya tidak terlibat dalam kemalangan di lokasi tersebut.

“Kemalangan yang meragut nyawa arwah ayah saya itu diharap dapat memberi pengajaran kepada pihak bertanggungjawab supaya bertindak segera membaiki jalan yang berlubang untuk keselamatan pengguna.

“Janganlah apabila ada kes kematian baru jalan yang berlubang itu ditampal,” ujarnya.

Dalam pada itu, menurutnya, arwah ayahnya dipercayai meninggal dunia selepas berlaku pendarahan di bahagian kepala selepas terjatuh dalam kemalangan tersebut.

Dilaporkan, Ketua Polis Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, mangsa yang tidak memakai topi keledar menunggang motosikal dari rumahnya ke Masjid Bukit Kayu Hitam di sini.

Bagaimanapun, katanya, motosikal yang ditunggangi bekas pengawal keselamatan itu terlanggar lubang di tengah jalan itu dan terjatuh sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. –UTUSAN ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049812 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list