View: 2809|Reply: 31
|
Remy Risau Orang Baling Kuih Pada Muka Jika Ke Bazar Ramadan
[Copy link]
|
|
Memegang watak lelaki berkahwin tanpa rasa cinta sehingga membentuk keperibadiannya menjadi suami kejam terhadap isteri dan anak sendiri, sebenarnya satu ‘bebanan’ berat untuk Remy Ishak.
Kredit foto: IG Remy
Selepas setahun berehat, Remy kembali menawan perhatian peminat dengan kemunculan menerusi drama bersiri terbaharu berjudul Jangan Menangis Cinta.
Remy memegang watak sebagai Zafran Zahim yang mengambil keputusan mengahwini Riyana (Amyra Rosli), bekas tunang kepada abang kandungnya. Ketika itu Zafran baru ditinggalkan tunang sendiri, Dina.
Kredit foto: IG Remy
Pernikahan tanpa cinta yang kemudian sempat menjalin bahagia sementara, pergolakan mula tercetus dalam hidup Zafran dan Riyana apabila anak mereka, Cinta Aryana dilahirkan tidak sempurna tanpa sebelah kaki sehingga membuatkan lelaki itu membenci benih sendiri.
Jangkaan Remy, watak Zafran akan membuatkan dirinya kelak dibenci penonton, namun itulah yang paling dinanti-nantikan.
“Saya keluar drama setahun sekali sahaja. Jadi, kalau boleh, saya nak drama ini jadi fenomena. Cerita ini ada banyak pengajaran untuk setiap karakter yang dibangunkan.
“Saya dapat rasa orang akan benci Zafran. Kalau dahulu, saya pergi ke bazar Ramadan, orang akan beri kuih percuma. Tapi kali ini, saya risau kalau orang baling kuih pada muka sebab bencikan Zafran,” seloroh Remy.
Antara cabaran yang harus dihadapi Remy dalam Jangan Menangis Cinta ialah memarahi pelakon kanak-kanak. Remy mengakui berasa serba salah untuk berbuat demikian walaupun dalam lakonan.
Ditebak tentang isu pelakon utama yang berusia menjayakan watak pelajar sekolah atau kolej, Remy mengakui watak Zafran ketika zaman kolej sangat berat untuk dipikulnya pada usia 40 tahun. Energinya sekarang sudah tidak seperti zaman muda.
“Tetapi itulah cabarannya sebagai seorang pelakon. Saya sudah berusia tetapi ada kostum dan pakaian membantu meremajakan saya.
“Cuma dari segi energi, saya akui agak penat. Sebab makan masa untuk selesaikan sesuatu babak.
“Malah, emosi juga terkesan sebab ada buat pertukaran dari satu babak ke babak yang lain, contohnya selepas marah-marah, kemudian kena buat babak manis-manis zaman kolej. Macam ‘roller coaster’,” ujar Remy.
Menjawab soal kecaman, aktor berkulit hitam manis itu enggan ambil pusing. Baginya, tiada satu pun hal boleh dilakukan dalam hidup ini andainya asyik mendengar kritikan orang.
Kredit foto: IG Remy
“Kalau orang cakap tak sesuai saya bawa watak pelajar kolej, sebenarnya saya nampak muda dalam drama ini.
“Kecaman itu ada tak kira apa saja perkara yang kita lakukan. Jadi, kalau nak fikir kecaman, apa pun tak boleh ‘jalan’ dalam hidup ini.
“Saya positif ambil setiap yang orang cakap tapi tak fikir sangat. Kami cuma buat yang terbaik sebagai pelakon. Lagipun kami tak boleh puaskan hati semua orang,” jawabnya panjang lebar.
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
halah2..zaman 50-60an sangatttt nak pikir peminat terbawak2 emo kat luar..choiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Poyonya pelakon umur rentua ni. Ha ha. |
|
|
|
|
|
|
|
tp mmg rambut dia cantik dan lebat utk yg berusia 40 an, |
|
|
|
|
|
|
|
tapi jangan risau remy, yg mungkin dibaling kuih sekarang mungkin julripin itu |
|
|
|
|
|
|
|
remy ishak ni aku pernah jupe kt masjd area kelana jaya,
tak silap kawasan ni , kawasan latihan kabin crew MAS,
mmg hitam manis, ok la peramah, tak sombong, badan pn cantik utk orang usia sebegitu, penampilan menarik sesuai la sbg x cabin crew mas , dia dah ex ke atau masih cabin crew |
|
|
|
|
|
|
|
pernah jumpa & amik gambo dgn bang remy dl.
time tu dia dtg suting kat tempat koje.
Nampak garang & serius. |
|
|
|
|
|
|
|
Bam remy, gi bazar Ramadan pakai mask kan? Org pon tak cam, ingat vangla nak buka posa. Ke mmg nak pakai t-shirt tulis beso2 remy ishak? |
|
|
|
|
|
|
|
takut abg wemy ye.. hehehe..
jgn risau.. ramai sg abg wemy katanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
anilanil replied at 21-3-2022 03:20 PM
Bam remy, gi bazar Ramadan pakai mask kan? Org pon tak cam, ingat vangla nak buka posa. Ke mmg nak p ...
Hahaha..lawak komen uols nie |
|
|
|
|
|
|
|
Penah jumpa remy ni. Tp time tu dia rentung legam. Berjemur agaknya. Berebut acik2 nak bergambo. Aku mampu tengok je gelagat acik2. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha silap2 skrg ko lalu sebelah pon belum tntu org perasan. nak2 zaman pakai mask ni kn..
|
|
|
|
|
|
|
|
harga kuih dah mahal remy...tak de nya orang nak emosi sampai baling2 kuih kat muka ko |
|
|
|
|
|
|
|
Iols terkejut tgk dia pegang watak student uni hahaahah
Yg pegang watak sbg abang dia tu siapa ye? Sapa yg lebih muda antara dua ni? |
|
|
|
|
|
|
|
salimrock replied at 21-3-2022 03:05 PM
remy ishak ni aku pernah jupe kt masjd area kelana jaya,
tak silap kawasan ni , kawasan latihan ka ...
Bila masa dia jd ex cabin crew? Bukan dia dulu keje kat hotel ke apatah jd waiter ke apa lupa dah paknil selalu ungkit pasal ni.
Iols penah jumpa dia sekali zaman dia jd duta Dashing dia tgh promo kat Alamanda.
Bulu mata dia lentik. Ingatkan badan dia jenis besar sado mcm peti ais tu rupanya kat luar tv takde lah besar gedabak, medium size je.
Memang la tegap tapi bukan jenis gerga mcm The Rock tu.
Masa tu dia pemes ngn pilem Cun dlm tu kan nampk badan dia berketak2. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 21-3-2022 08:23 AM
Bila masa dia jd ex cabin crew? Bukan dia dulu keje kat hotel ke apatah jd waiter ke apa lupa dah ...
Mamat ni pun perasan hot..perah santan betul..
Aku pernah tgk dia dpn mata..x hensem pun..tp terkejut sbb bdn dia lg lebar dan panjang dr kaki..rendah je..ingtkan tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Selain Remy,zulporn pn ada potensi nk kena baling kuih raya...harap bamtah pn xkena baling jgk |
|
|
|
|
|
|
| |
|