View: 20729|Reply: 178
|
Nilai Moral Rendah, Zul Ariffin Perlu Diboikot?
[Copy link]
|
|
Mencetuskan kontroversi baharu apabila memuat naik video suntingan di Instagram memaparkan aksi separa lucah, portal Majoriti melaporkan pelakon Zul Ariffin sepatutnya tidak diberi muka untuk terus berkecimpung dalam dunia seni tanpa sebarang tindakan sedangkan aktor berkenaan sudah berkali-kali terpalit dengan gosip panas.
Tindakan Zul seolah-olah menggambarkan nilai moralnya rendah kerana sebagai pemenang trofi Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem Malaysia 31, aktor itu seharusnya menunjukkan contoh terbaik bukan hanya kepada peminat, tetapi khususnya buat pelakon baharu agar sentiasa menjaga nama baik.
Majoriti mengakui Zul seorang pelakon berbakat besar, namun kurangnya nilai moral adalah perkara yang tidak mudah untuk dimaafkan. Tambahan pula, babak berkenaan turut mendapat teguran daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad.
Menerusi laporan berita itu juga, Majoriti menyeru agar pihak berwajib seperti stesen televisyen serta penerbit filem dan drama haruslah mengkaji latar belakang individu untuk berkarya agar dapat dijadikan contoh kepada penonton sesebuah naskhah seni terbabit.
Andai melihat pada siri kontroversi membabitkan aktor itu, kebanyakannya berkaitan dengan tarikan seksual. Majoriti telah menyenaraikan beberapa kontroversi berkenaan.
1. Muat Naik Gambar Alat Sulit
Pada 2018, Zul didakwa memuat naik gambar alat sulit di IG Story, namun dipadamkan tidak lama kemudian. Bagaimanapun, dikatakan akaun Instagram Zul telah digodam pihak tidak bertanggung jawab dengan niat untuk memalukan dan menjatuhkan reputasi aktor berkenaan.
2. Seluar Pendek Hampir Terlondeh
Jun 2018, sekeping gambar hitam putih memaparkan Zul tidak berbaju menunjukkan badan sasanya dan sedang memegang pinggang seluar seolah-olah membetulkkan seluar pendeknya yang hampir terlondeh.
3. Berpelukan Dengan Gadis Ukraine
Pada 2019, Zul sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila didakwa sudah berkahwin dengan seorang gadis dipercayai berasal dari Ukraine selepas gambarnya memeluk gadis tersebut tular di internet. Dikatakan bercuti bersama di Phuket, Thailand, terdapat beberapa siri gambar bersama Tanya Glembotska yang ditularkan oleh netizen.
4. Aks Panas Zul dan Intan Najuwa
November 2019, beberapa keping aksi angkat dan dukung dalam air membabitkan pelakon Zul dan Intan Najuwa turut menimbulkan kontroversi dahsyat pada masa ini. Pengarah menafikan adegan itu bukan sebahagian daripada skrip malahan tidak lama selepas kejadian itu juga, Intan putus tunang.
5. Tular Video Lucah Mirip Wajah Zul
Sekitar Disember 2019, peminat sekali lagi dikejutkan dengan penularan video lucah yang dikatakan iras wajah pelakon itu. Zul bagaimanapun tampil menafikan perkara itu dan menjelaskan dia menjadi mangsa suntingan individu yang mahir menggunakan teknik 'deepfake'.
Kontroversi mana anda rasa paling panas dan diingati? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
zul riporn ada video ke?? iols x tau pun, x dpt buat kajian. comparable tak dgn ebit nyer video? |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon share bukti fakta no.8 |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahahhahaaaa.........
uollsss ni ketinggalan MRT laaaa....
berani ker acik2 kepam gundu tu nak boikot??
hahahhahaa... siap ada fanclub bagai dengan harapan dapat bergesel dengan julripin ker camna...
hahahahhahahaha......
|
|
|
|
|
|
|
|
Sesuai sangat nama jul riporn dgn heols.....senada seirama gituhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Serious la cuolls tak tau... Kemain cok cek julriporn menumbuk sambal..
|
|
|
|
|
|
|
|
Budaya cancelled kat malaysia ni susah sikit, sbb acik2 kepam ni jenis amnesia.
Bulan ramdhon if artis(wanita)tetiba pakai tudung, gi teraweh, yg jantn sarung kopiah songkok selfie kat mesjid terus berair yg kat bawah tu... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti Zul pegi la join prog Ebit Lew
atau mana2 tabligh
berair la balik Acik2
manusia boleh berubah katanya
kena bagi peluang
lagi2 yg sasa mcm Zul
sayang lah sbnrnya Zul ni boleh je berlakon
dr ramai2 pelakon lelaki
tapi over confident dh dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
cuba syuk buat kelaku macam ni, tak cukup kaki kena boikot |
|
|
|
|
|
|
|
Mustahil la acik kepam akan cancel kan jul ni. Kalau rupa heols mcm shuk tu lain cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kita pulak yang kena boikot? Takde point pun sebab mesti lah ramai yg akan tengok jugak dia berlakon selagi drama lakonan dia masih bebas di siar kan. Jakim patut lebih tegas ..begitu jugak pihak media. Hanya satu cara jer utk ajar mereka yg permain2 kan dan menjatuh kan maruah Islam....larang sama sekali mereka muncul dikaca TV terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by codenamedream at 21-3-2022 02:36 PM
laksmanabentan replied at 21-3-2022 02:04 PM
hahahahahhahaaaa.........
uollsss ni ketinggalan MRT laaaa....
Mmg ketinggalan sungguh iols.
Maklumlah naik ketapi arang.
iols rasa iols lagi minat bebird penunggang agama dari bebird liberal.
zul riporn ni iols cuma tahu post bebird kat ig dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford replied at 21-3-2022 02:12 PM
Serious la cuolls tak tau... Kemain cok cek julriporn menumbuk sambal..
serious x tahu.
Video Bebird2 bbnu bertebaran iols tahu.
Sekali ada komen iols dlm thread sambal Jul riporn.
Kalau ada mungkin iols amnesia. N sambal heols x memorable. |
|
|
|
|
|
|
|
elok dikenakan tindakan tatatertib segala termasuk la dgn yg berada masa scene tu dibuat
dh tua pun tak reti beza baik buruk
kerana dia sorang, abis semua terpalit
tgk ig mimilana share salah satu scene dlm cerita ni, kelihatan menarik
eman manan pulak tuuuu.. tp sayanggg, jul ripin dh buat spoil
|
|
|
|
|
|
|
|
kan..hik hik hik
sapa pengarah cita ni
tu pun sama kena banned
|
|
|
|
|
|
|
|
Belajar takat SPM,kena upgrade ilmu,kalau tak senang kena exploit dek pengarah/producer fahaman murjiah. |
|
|
|
|
|
|
|
Mamat ni opportunis.. kalau tak, takkan jumping from one woman to another for God knows how long.. since zaman setazah yebi lg ok.. lepas tu bajet terpaling berketul2.. i dunno la maybe it's my eyes only but julriporn ni makin nmpk kertu? Serious mmg tak suka gila mamat perasan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
pelakon hebat my arse.. suara bercakap pun xtahu patah butir.. |
|
|
|
|
|
|
|
Prickford: Serious la cuolls tak tau... Kemain cok cek julriporn menumbuk sambal..
Knnn.. pastu acik2 kepam kt ofc aku yg suka jul riporn nie kemain kata bkn dia.. technology.. mcm2 org bole buat nk jatuh kn dia katanya.............. |
|
|
|
|
|
|
| |
|