CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 3

[Sabah] Covid19 20/03/2022

[Copy link]
Post time 21-3-2022 08:07 AM | Show all posts |Read mode


Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 339 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 363,909 kes. Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 880 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 337,768 orang. Manakala 576 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 461 orang di hospital, 114 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam serta satu (1) orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 42 orang merangkumi 39 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 21 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Jumlah kes harian di Sabah jatuh di bawah paras angka 400 hari ini dengan 339 kes, penyusutan sebanyak 82 kes berbanding semalam. Buat pertama kali juga sejak 4 Februari 22, tidak ada daerah yang mencatat kes baharu tiga (3) angka.

b. Secara keseluruhan, jumlah kes baharu menampakkan trend penstabilan dengan beberapa daerah mencatatkan penurunan kes harian yang agak baik. Ini termasuk Kota Kinabalu yang mencatatkan hanya 65 kes (-39), Putatan 8 kes (- 19), Tuaran 37 kes (-18), dan Penampang 20 kes (-15). Antara daerah yang mencatatkan jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi daripada sebelumnya ialah Lahad Datu 12 kes (+12) dan Ranau 16 kes (+11). Sebagai satu peringatan, peratusan jangkitan sporadik susut sedikit hari ini tetapi masih tinggi pada 59.88%.

c. Sebanyak 15 daerah mencatatkan kes dua (2) angka, sembilan (9) daerah mencatatkan kes satu (1) angka sementara daerah Semporna, Kunak dan Nabawan, tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu pada hari ini.

d. Empat (4) kluster diisytiharkan tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Pintas Sembulan (Kota Kinabalu), Kluster Sutera 2 (Kota Kinabalu), Kluster Giram (Kunak) dan Kluster Kemburongoh 2 (Ranau). Dengan penamatan kluster-kluster tersebut, jumlah kluster yang masih aktif di Sabah ialah 14 kluster.

e. Sebanyak 326 atau 96.16% daripada 339 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2, dua (2) kes dalam Kategori 3, tujuh (7) kes dalam Kategori 4 dan empat (4) kes dalam Kategori 5

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.

Jumlah kapasiti katil 3,515 unit.

a) Hospital 1,526 unit.

b) Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam 1,749 unit.

c) Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara 212 unit.

d) Hospital Swasta 28 Unit

Jumlah peratusan penggunaan katil ialah 16.39%.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2022 08:08 AM | Show all posts







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2022 08:09 AM | Show all posts





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2022 08:11 AM | Show all posts





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073214 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list