View: 4483|Reply: 11
|
Aksi Separa Lucah, Nama Zul Ariffin 'Panas' Di Twitter
[Copy link]
|
|
Nampaknya, nama pelakon Zul Ariffin kembali hangat diperkatakan selepas aktor itu berkongsi video menggabungkan beberapa babak intim disunting dari drama bersiri Perempuan Itu.
Jika sebelum ini Zul dikaitkan dengan adegan romantis seperti mendukung dan memeluk pasangan heroinnya, kali ini babak yang dilakonkan lebih berani kerana babak pendek yang ditayangkan itu jelas menunjukkan aksi separa lucah.
Andai babak lakonan Siti Saleha dan Shah Iskandar membetulkan pakaian mereka dalam kereta sahaja pun sudah dianggap 'soft porn', lakonan Zul ternyata lebih 'daring' daripada itu.
Babak pertama memaparkan wanita yang menolak Zul hingga ke satu sudut dan kemudian aktor berkenaan membuka pakaiannya diikuti tangan pelakon wanita memaut mesra lehernya.
Bagaimanapun, aksi kedua iaitu seorang wanita memakai seragam hitam ala pembantu rumah duduk di riba pelakon itu, menyuapkan krim ke mulut Zul sebelum menyuapkan ke mulut sendiri.
Lebih mengejutkan apabila video berkenaan turut menayangkan seorang lelaki secara berhadapan mendukung wanita berkenaan dan kemudian wanita itu menyilangkan kakinya di belakang lelaki terbabit.
Oleh kerana 'shot' video diambil dari jauh, tidak dapat dipastikan sama ada babak berkenaan dilakonkan sendiri oleh pelakon itu ataupun produksi menggunakan khidmat pelakon ' body double'.
Sebahagian besar daripada peminatnya terkejut menonton video berkenaan tambahan pula drama itu bakal ditayangkan sepanjang bulan Ramadan.
Tidak hanya menjadi bahan gosip di Instagram, nama Zul juga trending di Twitter gara-gara video terbabit. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Normabaru at 19-3-2022 02:05 PM
Atas katil berpelukan ✓
Tayang beberd ✓
Aksi panas ✓
Nak tunggu apa lagi? Ni bukan art ni namanya jual maruah..malu weh mak kt dlm kubor tu..Itu hari sembang mcm nk taubat..rupenya TAU BUAT
Mana finas..mana seniman...mana skmm etc..
Sume dh xreti2 nk gam artist gini ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Tulah dia pi jumpa ebit lewd jadilah gini kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus apaaaa..kalau skrip macam ceramah,ada pulak yg sinis..taliban telah menguasai industri seni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Klau scene camni ummah Kokesen or SKorean yg buat, kmain lgi ummah Mulayu Meleis mlayan. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan separa dah ni. Memang lucah dah ni. Jijik weh. Murah sungguh julripin dgn pelakon pompuan tu tah apa nama…murah giler maruah julripin. Jijik |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, apa cerita awek eropah timur beliau. Apetah nama yg dok kat siam tu. |
|
|
|
|
|
|
|
ayoooooo.. terkejut aku tgk.. hebat la btl maleis skrg buat citer ye..
erima fattima acah2 xtaw menahu.. terus tutup komen kt ig.. hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|