CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16423|Reply: 199

Anak Ketujuh Sindrom Down, Faizal Tahir Tak Rasa Down Atau Frust

[Copy link]
Post time 18-3-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Kosmo


Penyanyi Faizal Tahir menerima dengan hati terbuka keadaan anak ketujuhnya yang selamat dilahir pada Disember tahun lalu apabila disahkan mengalami Sindrom Down.


Faizal menerusi perkongsian video di Instagram berkata bayi perempuan yang diberi nama Maryam Tahirah terlebih dahulu berhadapan komplikasi ketika masih berada dalam kandungan.


Menurut pelantun lagu Ragaman itu, anaknya mempunyai masalah jantung dikenalpasti sebagai Tetralogy of Fallot (TOF ) menyebabkan oksigen sukar dipam ke seluruh tubuh.


Ketika itu, mereka sudah dimaklumkan Maryam akan menjalani pembedahan jantung selepas dilahirkan dan mereka perlu bersiap sedia dari segi fizikal, mental serta kewangan.




  



Bagaimanapun, beberapa bulan selepas itu, hasil pemeriksaan mendapati Maryam turut berhadapan komplikasi duodenal atresia berdasarkan hasil imbasan yanh menunjukkan double bubble dalam perut anaknya.


"Apabila doktor dapat kesan masalah itu dan dikaitkan pula dengan masalah jantung, doktor agak berat nak beritahu bahawa kemungkinan besar apabila ada dua komplikasi ini, anak ada down syndrome. Sebulan sebelum isteri melahirkan, dapat tahu memang confirm anak saya down syndrome.


"Saya menerimanya dengan baik. Alhamdulillah. Reda, itulah yang Allah beri. Saya tiada rasa down atau frust. Itu sudah tertulis.


"Apa yang saya boleh kongsi, waktu itu apabila saya maklumkan keadaan Maryam kepada rakan-rakan dan keluarga, semuanya memberikan maklum balas positif menyebabkan saya lebih comfortable," katanya.








Kata Faizal lagi, apabila menceritakan keadaan Maryam, semuanya akan mengucap syukur kerana Faizal dikurniakan seorang anak syurga. Mendengar ucapan itu membuatkan hatinya tersentuh kerana sama sekali tidak menjangkakan maklum balas sedemikian.


"Orang cakap, 'ini anak syurga ni bro. Tak semua orang dapat. Kita ini terpilih untuk diberikan anak special macam ini.' Alhamdulillah, ia sangat memberi semangat dan kekuatan kepada saya dan isteri.


"Ketika doktor beritahu layanan dan penjagaan anak saya itu tidak sama dengan anak-anak layan. Kena extra attention dan care. Doktor cakap 'this baby needs you'.


"Apa yang terdetik di hati dan fikiran adalah bukan dia yang perlukan saya tetapi saya yang perlukan dia untuk menjadi manusia yang lebih baik," katanya.




  



Sekadar info, Faizal mendirikan rumah tangga dengan Siti Raihannim pada 2001. Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak lelaki dan empat perempuan.  - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
aku cuma nak tau, bila makpak dah takde nanti, sape akan jaga anak syurga ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:26 PM | Show all posts
wife faizal ni lagi tua dari dia kan..
faizal dlam 42 ... wife dia jarak jauh gak dgn dia kan??
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dejure at 18-3-2022 04:31 PM

Tak perlu malu pon ada anak DS ni..percayalah i pernah jumpa ada org yg mmg nak sgt ada ank istimewa ni..rezeki yg ada ank istimewa ni lain mcm.jgn jd mcm dynas yg sanggup gugur ank 1st sbb ank tu tak sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
nuralisa replied at 18-3-2022 04:26 PM
wife faizal ni lagi tua dari dia kan..
faizal dlam 42 ... wife dia jarak jauh gak dgn dia kan??

Tua atau muda takde kaitan dgn lahir ank ds ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:31 PM | Show all posts
nuralisa replied at 18-3-2022 04:26 PM
wife faizal ni lagi tua dari dia kan..
faizal dlam 42 ... wife dia jarak jauh gak dgn dia kan??

x silap faizal tahir ni lahir thn 78. dah 44 tahun la this year. kalau wife di lagi tua dr dia mau 46 47 kot tak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2022 04:31 PM | Show all posts
redha itulah yg lebih baik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 18-3-2022 04:21 PM
aku cuma nak tau, bila makpak dah takde nanti, sape akan jaga anak syurga ni?

Betul hang ckp.. aku smpai skrg terkesan gambo anak umo 50 tahun tgn kaki tadak cium mayat mak dia umo 80.. ape jd laa anak dia la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dejure replied at 18-3-2022 04:29 PM
Tak perlu malu pon ada anak DS ni..percayalah i pernah jumpa ada org yg mmg nak sgt ada ank istimewa ...

dynas mana
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kancilkering replied at 18-3-2022 04:37 PM
dynas mana

Dynas Mokhtar kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa ye deme still keep
having kids…kebarangkalian tinggi bila beranak ramai n umur dh senja….deme bersedia kut pikul tanggung jawab ….sedih plak dengar kata kata FT bukan baby tu perlukan FT…FT yg perlukan baby tu…..moga dipermudahkan urusan deme anak beranak…
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:42 PM | Show all posts



Abang paijal ....jangan nanti cari pompuan muda dan selim melim yee


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
MatDeghem replied at 18-3-2022 04:42 PM
Abang paijal ....jangan nanti cari pompuan muda dan selim melim yee

ni ke wife dia?
meriah dorang.. ramai anak
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 18-3-2022 04:21 PM
aku cuma nak tau, bila makpak dah takde nanti, sape akan jaga anak syurga ni?

Yg ni yg sedih kalau mak pak pi dulu.. anak istimewa mcm ni mcm manalah nasibnya.. dpt adik beradik yg paham alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 18-3-2022 04:21 PM
aku cuma nak tau, bila makpak dah takde nanti, sape akan jaga anak syurga ni?

Adik beradik yg lain la kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 18-3-2022 04:56 PM
Yg ni yg sedih kalau mak pak pi dulu.. anak istimewa mcm ni mcm manalah nasibnya.. dpt adik beradi ...

adik beradik mungkin kekecik ni boleh bekerjasama jaga sama2 tapi kalau dah besar, kahwin dan beranak pinak, good luck sajalah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-3-2022 04:37 PM
Betul hang ckp.. aku smpai skrg terkesan gambo anak umo 50 tahun tgn kaki tadak cium mayat mak dia ...

sedih kan kalau kita yang pergi dulu. mati pun mata tak tutup rapat rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga FT dan isteri tabah menghadapi dugaan ini
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
DS maryam dikesan awal la kan sebelum bersalin, jadi boleh prepare mental. Iols ingatkan tak boleh detect masa kandungan. Ada kwn sekolah iols dua2 anaknya DS lalu beliau trauma utk pregnant lagi. Maknya kata masa pregnant yg kedua cek segala2nya tapi tak detect, masa lahir baru tau DS. Katanya kena extra ujian/ujian darah etc. Iols buat full detail scan je 3D/5D pakai mesin sonograf tu, tapi memang boleh detect anomalies pada organ2 cuma sonografer tu cakap DS tak boleh detect. Myb maryam ni sebab obvious kot pada jantung dan abdomen. Semoga dipermudahkan, tgk anak istimewa ni memang menginsafkan. As parent kita akan buat apa saja yg terbaik demi anak, kena didik juga anak2 lain utk saling menjaga
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah.. Semoga diberi kemudahan pada family FT untuk jaga anak syurga diorang..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2025 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.084689 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list