CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1401|Reply: 16

[Tempatan] Mayat wanita dibaham buaya ditemui dalam keadaan menyayat hati

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Mayat wanita dibaham buaya ditemui dalam keadaan menyayat hati


Anggota SAR membawa mayat mangsa ke darat sejurus ditemui di kawasan Sungai Telong Merah, hari ini. - NSTP/ERIKA GEORGE

MIRI: Mayat mangsa baham buaya, Demit Chagai, 43 dijumpai pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak 300 meter ke hulu Sungai Telong dari lokasi dia kali terakhir dilihat.

Ketika ditemui jam 1.30 tengah hari tadi di kawasan Sungai Telong Merah, mayat dalam keadaan tangan kanan putus.

Ketua Balai Bomba Batu Niah, Rary Binji, berkata mayat mangsa dalam keadaan tidak menelungkup serta tidak berpakaian dipercayai akibat diseret reptilia ganas berkenaan.

"Dengan terjumpanya mayat mangsa, usaha pencarian hari ke-2 SAR hari ini yang bermula seawal jam 8.20 pagi tadi tamat," katanya.


Mayat diangkat dari sungai dan dibawa ke darat sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut. Difahamkan mayat mangsa akan dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri untuk tujuan bedah siasat.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah hari semalam, mangsa dikatakan sedang memancing bersama ibu dan ibu saudaranya sebelum reptilia ganas itu muncul secara tiba-tiba dari dalam air dan menyambar tubuh serta mengheretnya ke dasar sungai.

Menurut ibu mangsa, kejadian berlaku pantas dan mereka tidak sempat melakukan apa-apa cubaan menyelamatkan anaknya.

Sungai Telong di kawasan Suai secara amnya dihuni banyak buaya.

https://www.bharian.com.my/berit ... adaan-menyayat-hati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 12:37 AM | Show all posts
takziah kpd keluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kepada keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:25 AM | Show all posts
Takziah kpd keluarga.
Nampak mcm kecik aja sungainya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 07:37 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 09:58 AM | Show all posts
cantiknya pemandangan sungai tu..tapi banyak boya la pulakk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2022 10:08 AM | Show all posts
Air yg tenang jangan sangka takde buaya. Betul2 tenang air ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak mcm.jernih jugak air nya
Kata org, kalau byk.udang, ade boye dlm sungai tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 10:49 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:53 AM | Show all posts
takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyaa.. takziah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati lemas ni kata orang antara kematian yang paling sengsara.

Apatah lagi mati lemas dibaham buaya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:06 AM | Show all posts
biasa dorg tangkap dan bunuh
yg ni mcmn lh agknya sbb bnyk katanya dlm sg

btw pnh tgk dokumentari yg survive serangan haiwan liar
slh 1 kes kena attack dgn buaya
kata die, die cucuk bijik mata buaya tu
tp ambik ms jgk lh kena rolling2 smpi ke dasar air
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:07 AM | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:16 AM | Show all posts
kecik jee sungai nyaa..bersyukur semenanjung takde buaya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2022 11:32 AM | Show all posts
kasih mai. Tapi.. dah nemu mayuh baya bak sungai.. nama kebuah ka ngintik gik? tauk ka ngintik, tang jimat. pedak keliling lok sebedau ka ngintik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2022 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa buaya tu baham tp dia xmkn pon mayat tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.187232 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list