CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 285|Reply: 0

[Kedah] Kedah cadang eksport ketum secara sah ke Thailand

[Copy link]
Post time 16-3-2022 04:55 PM | Show all posts |Read mode

TINJAUAN ladang ketum. FOTO arkib NSTP

Alor Setar: Kerajaan Persekutuan dicadang memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, proses mengeksport bahan itu bagaimanapun memerlukan peraturan tertentu agar ia dapat dilakukan secara teratur dan mengikut peraturan.

Jelasnya, ini kerana, di Thailand ketum dibenarkan dijual di pasaran komersial, malah pengusaha di negara itu berkeupayaan memproses bahan berkenaan bagi dijadikan produk.

"Di Thailand, ada teknologi untuk mengekstrak daun ketum menjadi produk kesihatan dan ia dijual secara komersial di sana, daun ketum yang ditanam di Kedah mempunyai gred tinggi berbanding yang dihasilkan di negara jiran itu.

"Kedah boleh jadi pusat pengumpulan komoditi ini secara sah. Saya harap agensi penguatkuasaan boleh bincang perkara ini, kalau perlu dibawa ke Parlimen, kita bawa ke Parlimen," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya turut bersedia melantik mana-mana agensi seperti Kedah Agro, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah (PKNK) atau Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah (KLPK) menguruskan proses pengeksportan ketum berkenaan.

Kata beliau, cadangan mengeksport ketum adalah berasas berikutan kerajaan banyak menghabiskan sumber bagi menguatkuasakan larangan penyeludupan tumbuhan itu.

"Saya diberi taklimat oleh agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bahawa mereka bertungkus lumus menangkap dan merampas bahan ini di sempadan selain perairan Langkawi.

"Keadaan bertambah sukar kerana ketum dilarang dieksport kerana berada di bawah Akta Racun 1952, sedangkan menanam pokok ketum tidak menjadi kesalahan.

"Kerajaan habiskan banyak sumber untuk kuatkuasakan larangan eksport ketum ini, tetapi apabila bahan ini sah, maka penguat kuasa tidak perlu kejar (penyeludup) lagi," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, pihaknya sangat berharap Kerajaan Persekutuan memberi perhatian kepada cadangan itu berikutan ia sudah ditanam secara meluas di Kedah.

"Tanaman ini banyak di Kedah, lebih baik kita beri kebenaran eksport. Ladang ketum ada, tanam boleh, petik dengan proses tak boleh, ketum ini ada nilai perubatan.

"Tetapi untuk masuk dalam badan secara salah yang dinamakan cakoroi itu tidak boleh, ia tetap salah," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.227215 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list