CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1064|Reply: 4

[Dunia] Bunga terbesar dunia ada di Raub

[Copy link]
Post time 15-3-2022 12:09 PM | Show all posts |Read mode

Pegawai Hutan Daerah Raub Shahril Mohamad (dua dari kanan) melihat Rafflesia di TER Lata Jarum, Raub. - NSTP/MOHD RAFI MAMAT

RAUB: Pejabat Hutan Daerah (PHD) Raub mengenal pasti tiga lokasi di daerah ini menempatkan bunga terbesar di dunia, Rafflesia atau dikenali sebagai Pakma.

Tumbuhan unik menjalar itu ada di Lata Lembik, Bukit Taching dan Gunung Benom dalam kawasan hutan simpan kekal.

Pegawai Hutan Daerah Raub, Shahril Mohamad, berkata usaha mempromosi Rafflesia di daerah ini sedang giat dilakukan secara berperingkat dengan kerjasama agensi pelancongan tempatan dan malim gunung atau pemandu pelancong.

Katanya, Rafflesia mampu menjadi daya tarikan pelancong ke Taman Eko Rimba (TER) untuk melihat bunga terbesar di dunia itu dan pengunjung perlu masuk beberapa kilometer ke dalam hutan.

"Di daerah ini, terdapat enam jenis Rafflesia, antaranya 'cantleyi', 'azlanii' dan 'sharifah hapsahiae'. Ini disahkan oleh penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang membuat kajian tumbuhan berkenaan di daerah ini.

"TER Lata Jarum antara lokasi terkenal dengan Rafflesia dan setiap kali ia kembang, ramai pelancong tempatan datang untuk melihat lebih dekat bunga terbesar di dunia itu," katanya ketika berkunjung ke TER Lata Jarum, semalam.

Beliau menambah, laluan di beberapa TER disediakan bagi memudahkan pelancong sampai ke kawasan Rafflesia itu dan pihaknya sentiasa memantau kawasan terbabit.

"Sekiranya terdapat bunga yang kembang, ia akan dikongsi dengan agensi pelancongan tempatan dan malim gunung. Rafflesia yang kembang hanya bertahan beberapa hari sahaja, selepas itu ia akan musnah dan reput secara semula jadi," katanya.

Katanya, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) menetapkan pelancong yang ingin masuk ke hutan untuk melihat Rafflesia perlu mendapatkan khidmat malim gunung bagi mengelak kejadian tidak diingini dan sebelum masuk ke dalam hutan simpan, mereka terlebih dahulu perlu mendapatkan permit dikeluarkan Pejabat Hutan daerah.

"Bunga parasit berwarna mewah turut terdapat di hutan Sungai Rengat, Jerantut termasuk di Kampung Tekek dan Kampung Juara, Pulau Tioman. Kawasan TER Jerangsang di Lipis pula dijadikan kawasan konservasi Rafflesia, termasuk bagi tujuan kajian pelbagai pihak.

"Hutan di negeri ini sememanya kaya dengan khazanah alam yang menjadi tarikan pelancong dan golongan penyelidik dalam dan luar negara," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... r-dunia-ada-di-raub
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Spesis alzan dan sharipah hapsah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 01:04 PM | Show all posts
Lata Jarum ni blkg rumah mona fendi kerat org dulu..rumah dia ada lg dah tumbuh kayu balak dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 01:06 PM | Show all posts
TT kena tambah 'Species' kat depan tajuk baru betul ayat tu otherwise this is fake news.



Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 02:07 PM | Show all posts
tripleid replied at 15-3-2022 01:04 PM
Lata Jarum ni blkg rumah mona fendi kerat org dulu..rumah dia ada lg dah tumbuh kayu balak dlm tu



yup about 1km from lata jarum is mona fendy's house
dulu2 nak pegi waterfall situ kena jalan kaki or naik moto je sebab jalan kecik tapi sekarang jalan dah besar and boleh lalu dua kereta serentak
rumahnya kalau tengok dari luar pun dah seram inikan pulak kalau masuk dalam
rumah banglo setingkat dibina dengan batu blok tanpa cat, ada sebijik pintu entrance without windows at all





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.472417 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list